Quantcast
Channel: MaDam AzrA FesYeN
Viewing all 79 articles
Browse latest View live

KOD JARUM MESIN JAHIT

$
0
0
Assalamualaikum buat pembaca yg beragama Islam,dan salam sejahtera utk yang bukan beragama Islam.Salam sayang dari madam utk semua pembaca blog madam.N3 kali ini madam ingin berkongsi pengetahuan tentang jarum....Jarum?Hello adik manis n abg hensem(psss...sekarang abg hensem pun ada jd tukang jahit tau,dulu depa dok jadi tukang yg kerja kasaq2 tapi la ni depa pun pandai nak jaga tangan jgn kasaq!)hehehe....sesekali madam nak gak gurau manja dengan pembaca blog madam ni...ok kan?mmmm jom la kita mulakan inti pati N3 kali ni...jom jom jommmmmm...
Opppppssssss...hehehe madam rasa baik madam gi ambil gambar mesin2 dan jarum2 dulu.Baru la syok madam nak membebel...Jap ya!....lalalalala...Hah!dah selesai ambil gambar mesin n jarum.Jap lagi...tunggu upload gambar lak...eeee...slow betul!
Sebelum tu,madam nak bg tau hal jarum.Kekadang hanya sebabkan jarum,kita bermasaalah hendak menjahit.Mungkin kita salah pasang jarum di mesin,mungkin kita guna nombor yg tak sesuai dgn jenis kain yang hendak di jahit atau kita salah terbeli jarum yg bukan utk mesin kita.Soooo adik manis dan hensem,hari ni mari kita berkenalan dgn jenis2 jarum mesin kita ya.Di bawah ni madam telah senaraikan kod jarum tapi bukan jenis jenama ya.Hal jenama ikut la kemampuan kalian semua...madam tak marah...sbb madam suka senyum dari marah tau! Jarum mesin di beri kod kerana mesin datang dlm pelbagai jenis.So guna jarum mengikut kesesuaian yg telah di sesuaikan dgn jenis2 mesin.

KOD JARUM MESIN.
    

    KOD       MESIN YG SESUAI
 
1* HA        -untuk mesin jahit biasa(kepala hitam or portable)
                              Seperti Singer,Brother dan yang lain2.
2* DB        -untuk mesin industri highspeed yang jahit lurus.
                              Seperti mesin jahit Brother,Juki,Jelita .
3* DP        -untuk mesin industri Singer yang boleh jahit lurus dan
                    sulam.
4* DC       - mesin jahit tepi industri.
                    Seperti Singer,Brother,Juki dan lain2.
5* Bagi pengguna mesin portable hanya perlu memastikan 2
      pekara-:
a-: Kod jarum mesti HA
b-:Saiz jarum mesti ikut kesesuaian kain yang hendak di jahit.

Di sini madam kongsikan no jarum dan kesesuaian kain yang 
hendak di jahit.

# no 9 = untuk kain nipis/halus
# no 11= untuk kain licin/sutera
# no 13&14 = untuk kain biasa /cotton
# no 16  = untuk kain sederhana tebal/ langsir
# no 18 = untuk kain tebal/ jeans dan lain2
# jarum emas=untuk kain lycra/jersey

Setelah kita mengetahui tentang kod jarum dan mesin yg bersesuaian.Mari madam kenalkan jenis2 mesin...ini adalah sebahagian yang terdapat di kedai madam ya.
 


















                               



 Ini ialah mesin jahit biasa atau mesin kepala hitam.Ada juga yang memanggilnya mesin kayuh!Itu dulu,sekarang mesin ni telah di modenkan dengan penggunaan motor.So,kod jarum untuk mesin ini ialah HA dan no jarum bergantung pada apa jenis kain yg kalian nak jahit.







Disini,madam sertakan gambar motor untuk mesin kepala hitam ni.Begini lah kedudukan motor mesin tu.Cara memasangnya sangat mudah.








Ini ialah pedal/penekan yang membolehkan motor mesin itu berfungsi.Dengan menekan pedal ini,kita boleh menjahit dgn selesa dan tak perlu berkayuh lagi.Bila guna motor ni tali mesin tak di perlukan lagi ya.





               
Ini ialah mesin highspeed yang boleh jahit lurus dan menyulam.Kod jarum untuk mesin ini ialah DP.Kepala bulat utk jarum berkod DP ini agak besar dari jarum berkod DB.So jarum berkod DP tak boleh masuk ke lubang jarum mesin jenis ini.

Gambar sebelah ini pulak ialah gambar mesin highspeed untuk jahit lurus sahaja.









Kod jarum untuk mesin ini ialah DB.So jangan guna jarum berkod DP ya sbb seperti yang telah madam jelaskan di atas,kepala jarum berkod DP tak boleh masuk ke mesin ni.Ada paham ka adik  manis?


Ini pulak ialah mesin jahit jenis portable.Iaitu mesin yang boleh di bawa kemana2 sahaja.










Mesin jahit portable ni mempunyai pelbagai jenis n fungsi.So bila adik manis beli mesin tolong la belajar dan memahami fungsinya dengan jelas.Kod jarum jenis mesin portable ialah HA.Guna no yang bersesuaian dgn jenis kain yg hendak di jahit.


Ini ialah mesin jahit tepi jenis portable.Mesin yang madam tunjuk ni boleh jahit tepi biasa dan jahit tepi halus(yg spt jahit tepi tudung)....mmmm jap ya,(dok fikir) kalau tak silap madam,untuk mesin ni madam guna jarum berkod sama dgn mesin portable yang lain....kot la!hehehe..tetiba blur lak!kuang kuang kuangggg!Sedih!





Ini juga mesin portable .Brand Brother.Kod jarumnya sama dgn mesin portable yang lain ya.











Ini pulak ialah mesin jahit tepi highspeed.







Madam guna mesin jahit tepi highspeed jenama Singer.Untuk mesin jahit tepi kod jarumnya ialah DC.









Hem hem hem.....eeeeeee...
ini ialah ahli baru di AZRA FESYEN..Yang ini mesin jahit portable yang canggih sikit.Sbb ianya boleh menyulam berkomputer,menjahit lurus dan pelbagai jenis corak jahitan termasuk buat lubang butang.Kod jarumnya sama seperti mesin jahit portable yg lain.



 Di bawah ni saja madam sertakan gambar2 jarum.Tak semestinya kalian menggunakan jarum berjenama ini,boleh juga guna apa2 jenama yang kalian suka.




Kod jarum untuk mesin jahit highspeed (industri)












Kod jarum untuk mesin jahit tepi highspeed.


























Jarum ini sesuai untuk mesin jahit kepala hitam dan mesin jahit portable.
















Ini juga antara jenis jarum untuk mesin jahit tepi highspeed tapi kod jarumnya tetap DC ya adik manis!





 
 Yang ini pulak ialah jarum yang madam dapat masa beli mesin jahit Brother yang canggih tu.Madam belum sempat meneroka kedunaanya....sori ya.








Huh!...so setakat ini dulu ya perkongsian kita.Madam minta maaf jika ada salah silap or kurang sana sini....Di sini madam ingin merakamkan terima kasih pada seorg teman FB madam yg baik hati berkongsi info tentang kod jarum bersama madam iaitu Pn.Rosnah Zain.Seperti biasa madam akhiri N3 kali ini dengan salam satu M"sia dan senyum selalu!..Daaaaaaaa!

Antara tempahan baju melayu di AZRA FESYEN 2012.

$
0
0
Assalamualaikum.Apa khabar semua pembaca blog madam?Moga semuanya sihat ceria hendaknya.Amin!...Ok,mana yg kurang sihat,gi ushakan ubat yang sesuai utk masaalah kesihatan kalian ya.N3 kali ni madam sekadar nak berkongsi gambar baju-baju melayu yang telah madam siapkan utk tempahan raya thn 2012.Ok,jom la kita cuci mata....jom jom jommmmm.....







Pada tahun ni,madam banyak menerima tempahan baju melayu fesyen ni...
Ini,madam belum jahit butang pd baju melayu ni.










Begini lah rupanya baju melayu fesyen ni yang telah madam siapkan.


















Ini baju melayu johor or teluk belangga.






















Lehernya madam guna paiping yg madam buat sendiri dari kain yang sama.







Walau buju ni untuk budak,madam tetap buat stail org dewasa,potong bahu.







Ini pulak seluarnya.Madam potong n jahit seperti seluar org dewasa juga.







Seluar kanak2 ini madam tetap letak zip.Pinggangnya depan guna balkram dan belakangnya madam tambah getah.









Walau seluar budak tetap madam tambag dart spt seluar org dewasa.
















Baju melayu ini pulak,seperti kemeja.Berbutang n guna tali(dari kain perca).Juga bersulam di sepanjang belahan depan baju.Desing sulam tu madam ikut contoh yg di beri oleh pelanggan ni.




























Baju melayu ni sama patern dgn yg mula madam tunjukkan di atas.Hanya istimewanya ialah kolar n poket guna kain yg kontras!
















Baju melayu ni terhasil fesyen begini atas kreatifnya tuan punya baju...









 


















Baju melayu ni tempahan dari orang yg sama dgn baju di atas.






















Ini pulak baju ayah pada baju2 di atas.


Untuk baju si ayah ni agak berlainan kerana menggunakan 3 kombinasi kain.Jika di perhatikan,poket baju melayu ni warnanya sama dengan badan tapi ia agak berkilat kerana untuk poket dan pesak tuan baju ni menggunakan kain satin yg sama warna.Manakala untuk kolar baju melayu menggunakan warna kontras.Sama dengan ank2nya.
 


Untuk 3 gambar di bawah,madam nk cerita sikit.Masa tuan baju ni dtg tempah baju madam agak keberatan untuk menerimanya.Sebab tuan baju ni nak buat lain dari yg lain.Dia minta madam buatkan baju melayu dia berkolar seperti kemeja dan tangannya pulak buat caff seperti tangan baju kemeja.Pada awalnya madam termenung memikir dan membayangkan hasil baju melayunya nanti bila siap.Setelah berfikir seketika,madam pun setuju menerima tempahannya.Maka ini lah hasilnya....madam buat dalam keadaan bimbang...ialah tak pernah buat !






















Gambar di bawah ni,fesyennya masih sama seperti yang beberapa baju di atas.Tapi tak ada penggunaan kain kontras di kolar dan poket.Biasa-biasa jer...




















Mmmm...untuk baju yang seterusnya ini ada cerita lain.Memang lain dari yang lain.Kalau tengok pada fesyen memang biasa-biasa saja tapi bila di teliti ianya memang ada kelainan tersendiri.Isteri pada tuan baju memang suka fesyen,kalau menempah pakaian di kedai madam selalu ingin kelainan.Begitu juga pada suaminya.Baju di bawah ni ialah suaminya punya.Tuan baju ini minta madam buatkan baju melayu johor.Tapi minta madam jahitkan mata lalat bukan di sekeliling leher saja malah juga pada hujung tangan,setiap atas poket dan bawah (hujung) bajunya.Fuhhh!jenuh U!Sebagai tukang jahit yang baik madam layannnnnn....Jom tengok....













Untuk gambar yang di bawah ni,ialah baju melayu budak umur setahun lebih....madam memang tak nak ambil tempahan baju budak, lagi2 budak yang bawah 3 tahun.Tapi apakan daya kerana terpaksa madam ambil juga tempahan ini...soooo inilah hasilnya.





Ok,untuk gambar yang di bawah ni pulak ialah sebahagaian lagi tempahan baju-baju melayu untuk tahun ini,2012.Madam tak sangkut baju2 tenpahan ni sebab tempat yang madam khaskan untuk sangkut baju melayu telah patah kerana terlalu berat menaggung baju-baju tempahan.






 Nampaknya setakat inilah perkongsian madam untuk kali ini.Jika ada kelapangan,insyaallah,madam akan buat lagi perkongsian yang lain.Seperti biasa,madam akhiri N3 kali ini dengan salam sayang,salam satu M'sia dan senyum selalu!daaaaaaaaaaa
 

Seorang yang gigih!

$
0
0




Assalamualaikum.Salam sejahtera dan salam sayang dari madam untuk semua pembaca.N3 kali madam sekadar nak bersembang je...Gambar di atas ialah madam bersama dgn seorg pelajar madam yg datang dari jauh selatan tanah air kita iaitu dari Johor Bharu.Sangat gigih ya,sanggup datang dari jauh semata mata untuk mencari ilmu bersama madam.Madam sangat menghargai.Walau beliau tiada cuti yang panjang tapi di sebabkan hatinya terlalu teringin belajar bersama madam dia sanggup memenatkan badan datang belajar bersama madam.Beliau berpeluang menghabiskan masa belajar dgn madam hanya sehari suntuk iaitu dari jam 8.30pg hingga 8.30 mlm.Walau hanya dlm tempoh 12jam,banyak ilmu dan tips telah madam kongsikan bersamanya.Syukur,beliau boleh memahami apa yg telah madam sampaikan.Sebelum ni madam ada juga terima student dari Perak,beliau juga gigih datang ke KL semata mata untuk belajar bersama madam.Insyaallah,madam takkan lokek untuk berkongsi ilmu dan tips dengan semua pelajar madam.

Dalam proses mengajar,madam sentiasa akan mencari cara pendekatan yg simple dan mudah di fahami.Madam jenis guru yang suka murid bertanya,so madam tahu setakat mana student madam faham apa yang telah madam sampaikan.Semasa mengajar madam tak tumpu pd satu saiz saja ,selalunya madam akan buat uraian dan penerangan bagaimana mereka nak buat pakaian/pola jika mereka mendapat pelanggan yg tak sama saiz dgn mereka.So mereka dh tau apa yg patut di tambah or di kurangkan jika mereka mendapat pelanggan yg pelbagai saiz.Sepanjang proses belajar dengan madam,madam suka memberi tips dan info.Madam ingin bila student madam habis belajar dgn madam mereka telah mahir dan boleh menguasai bidang ini.Apa yang ingin madam tekan kan mereka mesti rajin mencuba,rajin berfikir dan membuat latih tubi supaya boleh menghasilkan kerja yang bermutu.Belajar kemahiran tak boleh pandai jika hanya buat sekali saja.

Insyaallah,selagi madam di kurniakan kesihatan yang baik dan fikiran yang waras,madam akan terus berkongsi ilmu dengan semua orang yang sudi belajar dengan madam.Bila ada kelapangan madam akan terus mencurahkan ilmu di blog kesayangan madam ni.Sesiapa yang telah mendapat ilmu hasil perkongsian madam,sudi lah kiranya sedekahkan Al-Fatihah untuk diri madam sebagai tanda terima kasih kalian pada madam.Itu saja yang madam pinta jika ianya tak keberatan buat kalian....madam dahulukan terima kasih pada yg sudi sedekah Al-Fatihah buat madam.Moga madam boleh terus  berkongsi ilmu selagi hayat di kandung badan.

N3 kali ini hanya hingga di sini saja.Jika sesiapa yang ingin belajar dengan madam,silakan.Madam dengan rasa lapang dada dan senang hati suka berkongsi dan mencurah ilmu madam bersama mereka yang sudi.Akhir kata,salam sayang dan salam satu M'sia.Daaaaaaa...jumpa lagi!










KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

$
0
0
KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

Menjawab beberapa persoalan rakan FB semalam. Bukan semua lepasan sekolah berminat untuk menyambung pengajian akademik, sebaliknya ada juga yang lebih cenderung dengan kerja-kerja praktikal serta
berasaskan teknikal.

Menyedari potensi mereka untuk digilap sebagai sumber manusia separa mahir dan profesional dalam bidang kemahiran, maka Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah. Peluang itu dibuka kepada belia untuk melanjutkan pengajian sebelum menceburi bidang pekerjaan atau mengikuti program Ijazah yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT).

90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada factor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.

MARA menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Banyak kelebihan pendidikan teknikal dan vokasional MARA.

Antaranya menyediakan laluan alternatif walaupun berkelulusan akademik yang rendah melalui (GIATMARA - IKM - KKTM - UniKL).
Malah tiada yuran pengajian, tetapi diberi pula Elaun bulanan.
Pelajar miskin mendapat bantuan kewangan dari KKLW
Latihan industri, Mendapat pengiktirafan JPA,
Program latihan menggunakan sistem penilaian CGPA - dapat
pemindahan kredit, mendapat kerjasama industri seperti Toyota, Petronas, WIM dan TWI. Pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pengalaman saya lebih 30 tahun menjadi majikan, 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

Jadi, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yg tidak mempunyai kecemerlangan akademik jgn menyisihkan mereka. Beri dorongan sewajarnya dan bawalah mereka kearah pendidikan kemahiran yang sesuai dgn minat dan potensi membina kerjaya di masa depan. Maklumat terkini MARA menunjukkan status lepasan pelajar2 lepasan teknikal dan vokasional ini lebih 77% telah mendapat pekerjaan dengan mudah, 15% telah melanjutkan pelajar ke peringkat tinggi, 5% terlibat dalam keusahawanan dan hanya 3% saja yg belum mendapat kerja.

InsyaAllah, sy akan bekerjasama dgn MARA akan menjelajah seluruh negara, bertemu dengan para usahawan, ibubapa, adik-adik pelajar dan akan berkongsi pengalaman untuk memantapkan semangat dan mengilap potensi dalam diri mereka demi mencipta 3K (Kejayaan, Kebahagiaan, Kekayaan).
Foto: KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG  Menjawab beberapa persoalan rakan FB semalam. Bukan semua lepasan sekolah berminat untuk menyambung pengajian akademik, sebaliknya ada juga yang lebih cenderung dengan kerja-kerja praktikal serta berasaskan teknikal.  Menyedari potensi mereka untuk digilap sebagai sumber manusia separa mahir dan profesional dalam bidang kemahiran, maka Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah. Peluang itu dibuka kepada belia untuk melanjutkan pengajian sebelum menceburi bidang pekerjaan atau mengikuti program Ijazah yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT).  90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada factor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.  MARA menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).  Banyak kelebihan pendidikan teknikal dan vokasional MARA.  Antaranya menyediakan laluan alternatif walaupun berkelulusan akademik yang rendah melalui (GIATMARA - IKM - KKTM - UniKL).  Malah tiada yuran pengajian, tetapi diberi pula Elaun bulanan. Pelajar miskin mendapat bantuan kewangan dari KKLW Latihan industri, Mendapat pengiktirafan JPA, Program latihan menggunakan sistem penilaian CGPA - dapat pemindahan kredit, mendapat kerjasama industri seperti Toyota, Petronas, WIM dan TWI. Pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.   Pengalaman saya lebih 30 tahun menjadi majikan, 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.  Jadi, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yg tidak mempunyai kecemerlangan akademik jgn menyisihkan mereka. Beri dorongan sewajarnya dan bawalah mereka kearah pendidikan kemahiran yang sesuai dgn minat dan potensi membina kerjaya di masa depan. Maklumat terkini MARA menunjukkan status lepasan pelajar2 lepasan teknikal dan vokasional ini lebih 77% telah mendapat pekerjaan dengan mudah, 15% telah melanjutkan pelajar ke peringkat tinggi, 5% terlibat dalam keusahawanan dan hanya 3% saja yg belum mendapat kerja.  InsyaAllah, sy akan bekerjasama dgn MARA akan menjelajah seluruh negara, bertemu dengan para usahawan, ibubapa, adik-adik pelajar dan akan berkongsi pengalaman untuk memantapkan semangat dan mengilap potensi dalam diri mereka demi mencipta 3K (Kejayaan, Kebahagiaan, Kekayaan).

BENGKEL JAHIT MANIK SHIMMERING FLORAL DAN CRUMBLE

$
0
0

Assalamualaikum dan salam teramat sayang buat semua yg menjadikan blog madam sebagai rujukkan ilmu jahit menjahit.Untuk N3 kali ini madam nak war-warkan tentang bengkel jahit manik shimmering floral dan crumble yang bakal madam adakan di kelas madam pada bulan November 2012.
Di sini madam sertakan segala butiran tentang bengkel jahit manik tu ya.


Nama Modul--Shimmering Floral dan Crumble.

Tarikh           --13/11/12(hari Deepavali/selasa)

Masa            -- Jam 8.00pg- hingga siap bengkel .

Sijil             --  di sediakan.

Makan&minum- makan tengah hari di sediakan

Bahan2 utk bengkel- di sediakan dan boleh bawa pulang.

Tempat       --Blok 205-00-08,Flat Sentul Utama,Jln 26 Tmn Dato 
                      Senu,Sentul,KL.

Suasana  ---Selesa dan berhawa dingin.  

Yuran       --Rm  340.00 shj.

Deposit  --Rm 100.00

Jika sesiapa yang berminat boleh hubungi madam di 012-9757909.

Sila daftar nama   sebelum 6/11/12 sebab madam nak print nama peserta di sijil.Boleh buat bayaran deposit pada akaun maybank 
164221419560 Azra Sidi.

Untuk N3 kali ini,setakat ini dulu ya.Hingga kita jumpa lg,sambut salam 1 M'sia dan senyum selalu....Daaaa

 
  

Cara membuat pinggang kain getah kiri dan kanan

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!Moga hari ini hr 
yg ceria n bahagia buat semua pembaca blog  madam.
Alhamdulillah,madam sekeluarga juga sihat adanya.Untuk N3 kali ini,madam ingin berkongsi ilmu membuat pinggang kain yang getah di kiri dan kanan.Madam tahu ramai yang mengalami masaalah untuk membuat pinggang jenis ni.So madam berharap N3 kali ini boleh membantu semua pembaca blog madam yang baru mula menjahit dan yg dah pandai menjahit.Ok,mari kita mulakan tutorial membuat pinggang getah kiri dan kanan.Jom jom jommmmm.....**oppsss...madam terpaksa campur gambar sbb ada bab yg madam terlepas or terlupa ambil gambar...tau jer la madam ni kalau buat tutorial nak bagi jelas n org faham***



Di dalam gambar sebelah bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat pinggang getah separuh kiri dan kanan.Iaitu,zip 8"(zip untuk skirt/kain mesti 8"),balkram/pengeras pinggang ikut ukuran yg sesuai ya,getah 2 1/2" x 2kpg dan getah 5" x 1 keping serta kain perca untuk buat pinggang.
Sebelum madam teruskan tutorial ni,madam nak kongsi ilmu macamana nak buat kira-kira untuk dapatkan balkram dan getah yang betul.Ok,katalah pinggang pelanggan kita  tu 25".So cara kiraanya ialah 25"-10"(10" ini ialah khas untuk getah)=15"/2=7.5".
Jadi sediakan balkram berukuran 7 1/2"x2 keping(untuk depan dan belakang) dan balkram berukuran 1 1/2" x 1keping(untuk hujung pinggang/tempat cangkuk).Getah berukuran 5" x sekeping dan 2 1/2" x 2 keping.


Setelah adik manis sediakan bahan2 buat pinggang seperti di atas.Kita akan mula mencantum balkram dan getah.Cantum balkram dgn getah dengan meletak balkram di atas getah.Selisih angaran 1/4" jer.Madam tau,mesti ada yg tanya balkram dan getah tu perlukan basi ker?jawabnya ialah TAK!sediakan balkram dan getah spt yg telah madam terangkan diatas jer tanpa basi ya.

 





 










Cara mencantum set pinggang kain ni ialah berselang seli ya adik manis.Mulakan dgn balkram yg 1 1/2" bertindih(sambung) dengan getah 2 1/2"  lepastu sambung balkaram 7 1/2" dengan getah 5" lepastu sambung balkram 7 1/2" tindih atas getah 2 1/2".Semuanya ada 6 keping.Bila dh siap sambung,ianya akan jd seperti gambar di bawah ni.Madam ingin nasihatkan.Masa proses sambung pastikan kedudukan balkram dan getah tidak senget ya.Sbb jika senget ia memberi kesan tak cantik nanti atau mudah putus.Pastikan kerja kita kemas n kukuh.**jadikan amalan ya adik manis!**







Gambar di sebelah ialah kain/skirt yg telah siap di buat susun dan di jahit zip.Bila proses mencantum balkram dan getah siap,kita mula membuat tanda di bahagian atas kain iaitu utk buat pinggang ya adik manis.Membuat tanda adalah pekara yg sangat penting dan boleh memudahkan kita di mana nak letak balkram dan getah.Jika tak buat tanda dr awal ianya akan membuat kita tak tau di mana nk letak setiap getah n balkram.



Perhatikan gambar sebelah,madam mula membuat tanda dari tepi zip.Tanda 5"(utk bahagian getah ya adik manis),lepastu tanda panjang balkram yg di perlukan(di sini madam tanda 7 1/2 sbb itu ukuran di perlukan utk tuan pakaian ini.)Ini contoh,jgn la ingat semua pinggang org sama,TAPI YG GETAH TU BOLEH GUNA UTK SEMUA ORG YA.






Nampak tak?Tanda yg telah madam buat tu.Madam nk pesan,buat tanda di bahagian luar kain ya sbb masa jahit kita senang nampak tanda tu.






Gambar sebelah ialah kain perca yg telah di potong utk membuat pinggang kain.Cara utk ukuran kain pinggang:
*ukur pinggang kain yg telah di tanda tadi.Jawapan ukuran pinggang yg di ukur +3".
Contoh: jika ukuran keliling pinggang kain yg telah di tanda ialah 35"+3"=38" panjang dan lebar ialah 3 1/2".* Faham ya.
***selalunya bila buat pinggang getah separuh2 ni ia jadi lebih 10" lebih dari pinggang asal ya adik manis!***






Sekarang madam nk tunjuk cara cantum pinggang kain ya.Perhatikan gambar sebelah.Kain yg di bawah tu ialah kain perca yg kita dh potong tadi(kain pinggang) n yg atas ialah kain sebenar(skirt).Letak yg kain pinggang di bhgian dlm skirt.Basi jahit ialah 1/2" ya.









Kalau tak jelas dgn penerangan di atas,tengok gambar sebelah ya.Madam letak kain pinggang di dlm kain(skirt).Pastikan lebihkan kain pinggang tu 1/2" dari tepi skirt ya.Perhatikan gambar sebelah ya.





Begini rupanya bila siap di jahit.Nampak tanda biru tu?Tu tanda yg madam buat utk senang kita nak letak getah dan balkram masa proses menjahit nanti.Dan tanda tu buat di bahagian luar kain ya adik manis.







Gambar sebelah ialah pandangan dari dlm skirt setelah cantum kain pinggang.












Begini rupanya bila dah jahit pinggang kain ke kain(skirt).Nampak tak ada kain yg terlebih tu?Yg terlebih tu ialah bahagian susun(ni madam buat kain susun tepi)saja madam akan buat begini supaya bahagian susun tu tak terlebih di bawah kain(skirt).











Kita mula dgn bahagian yg berjait zip dulu ya.Lipat seperti gambar sebelah dan gunakan getah utk mendapatkan ukuran lipat yg di perlukan.Biar saiz lipatan ngam2 dgn getah ya.Madam ukur saiz lipatan tu dgn getah pinggang yg dh kita siap camtum dgn balkram tadi.






Ini lah saiz lipatan yang di perlukan.Jahit sama paras dgn tepi susun kain tu.












Nampak tak jahitan yang madam buat di lipatan kin pinggang tu?



Setelah di terbalikkan,ia akan kelihatan seperti gambar sebelah.

















Kita mula menjahit pinggang dgn getah dahulu.Masukkan getah yg 2 1/2" dulu.(Ni getah dan balkram yg dh siap di cantum2 ya)Ketika masukkan getah pastikan ianya di tolak menjadi rapat n kemas.Di bahagian bucu kain pinggang menjadi penuh ya.





Setelah tu masukkan kain lebihan ke dalam dan jadikan seperti yang madam tunjuk di gambar sebelah tu.Tahan dgn jari dan jahit.Pastikan kemas ya adik manis.***pss...ada org belajar dgn menjahit lihat dr dlm tapi cara madam lihat di luar sbb yg penting kita nk lihat hasil dari luar kemas n cantik.Tapi kalau ikut cara madam,insyaallah luar dlm cantik.***





Gambar sebelah ialah hujung yg telah madam jahit.Pastikan jahit mati ya dan putus benang.








Bila sudah selesai langkah seperti diatas,letak getah di tanda yg telah dibuat awal2 tadi masa kita buat kira2.
Tahan getah tu di situ dan masukkan kain pinggang tu kedalam(balut getah dgn kain pinggang.)




















Setelah tarik getah ke tanda yg telah kita buat awal tadi,masukkan kain pinggang hingga jadi seperti gambar sebelah ni.Dan jahit mati di tempat yg telah di tanda.Sampai di hujung seperti dlm gambar yang madam stop jait tu,pastikan jarum mesin masih terbenam dan angkat tapak mesin.Angkat tapak mesin n pusing kain seperti gambar di bawah.








Ok,seperti yg madam cakap di atas,jarum mesin masih terbenam angkat tapak n pusingkan pinggang kain sbb kita nk jait bahagian ini pulak.Sambil tu tarik getah(regangkan) sambil jahit.***jagan takut2 ya***














Begini lah hasilnya,bila siap di jahit.




Ok,sekarang kita nk jahit bahagian balkram pulak.Jika kita dah buat kiraan yg betul,kerja kita jadi mudah.Balkram ini akan elok berada di tanda yg telah kita buat.Balut balkram dgn kain pinggang n jahit.





Pastikan jarum masih terbenam,pusingkan kain pinggang dan terus menjahit hingga jumpa bahagian getah yg dah kita jahit tadi.***ada paham ka adik manis??***













Inilah rupanya bila siapdijahit.
Pastikan kerja adik manis kemas ya.









Bila selesai jahit balkram,kita jahit bahagian getah pulak.Seperti yg tadi,letak getah di tempat yg telah kita tanda di awal2 tadi.Balutkan kain pinggang ke dalam dan jahit.Jarum masih terbenam,angkat tapak dan 
 pusing pinggang kain.Jait.







Siap jahit getah,kita sambung jahit balkram sekali lagi.Kaedahnya sama dgn balkram yg sudah jahit tadi.






 Siap balkram.kita jahit getah yg terakhir.Letak getah di tepi atas zip.Balut getah dgn kain pinggang dan jait seperti getah2 yg tadi.






 Ini,madam dah balut getah dgn kain pinggang dan mula menjahit.









 Begini lah rupanya bila sudah di jahit bahagian getah yg terakhir.Hanya tinggal bahagian balkram yg hujung sekali,iaitu bahagian utk selisih cangkuk.












 Kemaskan bahagian lebihan kain.Setelah kemas,jait sekeliling balkram yg hujung ni...buat biar kemas ya adik manis...











 Setelah jahit sekeliling bahagian hujung ini.Jahit turun hingga tengah2 bahagian getah supaya kita akan terus sambung jahit di bahagian tengah getah.
























 Begini lah rupanya bila getah tu kita jahit di tengah2nya.
                                                                                                                                              

 


Setelah jahit di tengah getah teruskan jahit di atas bahagian balkram pulak...
Hasilnya akan jadi seperti gambar di sebelah ya.Di sini,madam nk pesan sangat2....buat biar kemas ya.Sesedap mata memandang!











Begini lah hasilnya bila telah siap.







Membuat pinggang getah kiri &kanan ni pada peringkat awal bagi yg baru belajar mungkin rumit tapi bila di lakukan latihan selalu,insyaallah,segalanya jadi mudah.Jika yang nmenggunakan mesin jahit protable mungkin agak susah sebab mesin tu tak stabil.Tapi anda boleh buatkan kepungan di sekeliling mesin portable tu dgn pakukan papan nipis di sekeliling bawah mesin portable tu.Maksud madam,guna meja kayu n pakukan papan nipis sekeliling mesin portable tu utk memudahkan kita membuat kerja dgn mesin portable.Ini cara madam masa dulu2 guna mesin portable.Hehehehe....Insyaallah,di lain kali kita buat tutorial utk skirt yang zip belakang pulak ya.Sbb skirt yg zip belakang agak berbeza sedikit.

Ok,la madam akhiri N3 kali ini ,seperti biasa....salam sayang,salam 1 M'sia n senyum selalu.....Hingga jumpa lagi daaaaaaaaaa........


PEPLUM OH! PEPLUM!!!

$
0
0
Assalamualaikum.Apa khabar pembaca n pengunjung blog kesayangan madam ni?Moga kalian semua sihat sejahtera dan berbahagia selalu.Madam rindu utk buat N3 di blog kesayangan madam ni tapi atas sebab desakkan  tugasan yg sedia ada,madam terpaksa menahan diri dari membuat N3 di sini.N3 kali ini ibarat madam sekadar membersihkan sawang yg ada di sini kerana lama di tinggalkan sepi....Insha Allah,jika ada kesempatan madam akan buat N3 bagaimana membuat baju peplum sebegini.Doakan la madam berkelapangan ya.Ok,sementara ni cuci mata jer dulu ya....Jom  jom jom kita tengok!...jgn ada yg leleh lak ya...hehehehe


























mmmm....setakat ni dulu ya....hingga jumpa lagi...madam akhiri dgn salam syng dan salam satu M'sia....daaaaaaaaaaaaaa!!!

Baucer bernilai 15% untuk pembaca blog MaDam AzrA FesYen

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog madam.Seperti selalu,harapan madam agar semua pembaca blog madam berada dlm keadaan sihat sejahtera dan ceria bahagia selalu.Amin.Lama madam tak ber N3.Mmmm rindu madam pd blog ni n pembaca blog madam.

Alhamdulillah.. syukur sangat2 dengan rezeki yang Tuhan bagi... Semalam,madam ada dapat emel dari MARKETING MANAGER TUDUNG2U @ TUDUNG ONLINE TERBESAR DI MALAYSIA... Sungguh saya tak sangka, ada jugak mereka yang berbisnes online ni NAK BAGI BAUCER CENDERAHATI UNTUK PEMBACA BLOG MaDam AzrA FesYen. Istemewa  untuk u all.. pembaca blog madam.
(",).-------- Original message --------
From: "Asilah (Marketing Manager)"
Date: 27/02/2013 4:21 PM (GMT+08:00)
To: azracd@yahoo.com
Subject: Baucer Cenderahati untuk Azrafesyen


Salam,

Saya Asilah daripada www.tudung2u.com.my. Buat masa ini, Tudung2u adalah salah satu kedai tudung online yang terbesar di Malaysia.
 
Kami ingin menawarkan kepada pembaca anda  baucer bernilai 15%! Ini kod baucer kepada pembaca anda:
AFB2013 (sah sehingga 31 Mac, 2013)
 
Selain itu, kami akan memberikan kepada anda 10% daripada setiap pesananyang dibuat oleh pembaca anda sebagai komisyen. Pembayaran akan dibuat pada 5 April, 2013.
 
Sila beritahu kami jika anda berminat untuk mempromosikan berita baik ini kepada pembaca anda dan kami akan mengaktifkan kod baucer untuk anda.
 
Terima kasih dan kami menunggu berita baik dari anda. Selamat sejahtera..


Best regards,
Asilah (Marketing Manager)
-- --
W: www.tudung2u.com.my
E: asilah@tudung2u.com.my
P: +603 - 3318 3800
. Terharu saya dibuatnya.. (^_^)
Ohya, TUDUNG2U ni, selain bagi baucer 15% dekat u all, TUDUNG2U ada jugak bagi komisen 10% dekat madam dari setiap barang yang u all beli dengan TUDUNG2U ni.. (",) Kalau ada orang beli,madam dapatlah 10% kalau takda, tak dapatlah.. hihii... Takpala, yang penting, madam ikhlas share pasal ni..  Eh, kalau u all guna 15% baucer tu, madam dikira tolong u all jugak kan.. tolong jimatkan duit u all.. hihii (^_^)    
Meh, saya nak tunjuk sikit dekat u all antara tudung yang TUDUNG2U ni jual.. 

TEMPAHAN RAYA 2013 DAN KELAS JAHITAN.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari madam buat semua pembaca blog.Madam mohon jutaan maaf kpd pembaca blog madam yg ternanti 2 tutorial yg terbaru. Sebenarnya madam dh siapkn bahan2 utk buat N3 baru tp masa tidak mengizinkan.Madam terlalu sibuk sebab pembantu madam telah berhenti atas sebab kesihatannya yg tak baik . Sekarang madam sedang mencari pembantu baru.Ada ker yg nk bekerja dgn madam????.....
N3 kali ni sebenarnya madam nk war-warkan (hebahkan) yang tempahan utk raya thn 2013 telah di tutup dan madam akan BUKA SEMULA terima tempahan pada bulan August 2013.
Madam juga ada berita gembira utk pembaca blog madam yg nak belajar menjahit dengan madam. Untuk tahun ini buat pertama kalinya madam buka kelas jahitan madam pada bulan Ramadan dan sepanjang tahun ini madam TIDAK CUTIKAN kelas jahitan madam. Sesiapa berminat untuk menyertai kelas jahitan yang madam sendiri kendalikan dan madam sendiri yg mengajar boleh hubungi madam.No hp madam 0129757909. TAPI PADA YANG TIADA BASIC MENJAHIT, MADAM NASIHATKAN BERMULA DARI BASIC BELAJAR MENJAHIT YA!




Setakat ini sahaja untuk N3 kali ini . Seperti biasa madam tutup N3 kali ini dengan salam satu Malaysia n jangan lupa senyum selalu ya! !Daaaaaaaa.......



AZRA FESYEN. DI IKTIRAF PUSAT BERTAULIAH SLDN

$
0
0
Assalamualaikum n salam sayang buat semua pembaca blog madam.   Syukur,alhamdulillah!!! Madam ingin kongsikan rasa gembira madam bersama semua pembaca dan pengikut setia blog madam. Untuk pengetahuan semua, kelas jahitan madam telah di iktiraf sebagai pusat bertauliah oleh SLDN utk SKM tahap 1 dan tahap 2. Untuk yang nak belajar krusus pendek dan belajar dari asas pun ada di AZRA FESYEN. Dan yang istimewa nya, semua pelajar yang belajar di AZRA FESYEN di ajar sepenuhnya oleh madam sendiri. Semua pelajar di AZRA FESYEN mendapat bimbingan sepenuhnya dari madam. Sepanjang proses pembelajaran madam akan berkongsi ilmu dan tips tentang dunia jahitan termasuk rahsia mengenali dan mengendalikan mesin jahit masing2.Selogan madam, TIADA RAHSIA DLM MENCARI ILMU MENJAHIT DGN MADAM!.....Jika di blog  dgn senang hati madam berkongsi ilmu jahitan madam, cuba bayangkan jika anda datang sendiri belajar dengan madam di AZRA FESYEN berapa banyak ilmu, tips dan perkongsian yg boleh di perolehi. Dan madam akan bantu jika ada student madam yg nk mula bisnes on9 atau buka kedai. Sebab memang dah ada yg berjaya bawah bimbingan madam.

Ok lah, di bawah ini madam nak tayang kan sijil dan sticker yang madam dapat dari pihak JPK (JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN) melalui SLDN (SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL).Jommmmmmmm tengokkk







         





Dengan rasa gembira madam telah lekatkan sticker yang menunjukkan AZRA FESYEN telah menjadi PUSAT BERTAULIAH! ....ok, sesiapa yang berminat nak belajar menjahit dengan madam, dengan senang hati madam alu-alukan kedatangan anda. Sepanjang tahun ini kelas jahitan madam di jalankan. Sesiapa yang ingin menjahit pakaian raya sendiri elok mula kelas secepat mungkin. 

Nampaknya setakat ini N3 kali ini. Hingga jumpa lagi madam nak pesan jgn lupa senyum selalu dan salam satu Malaysia! Daaaaaaaa. .....

Video Seorang Tukang Jahit.

Kelas Jahitan Pakaian Wanita Sepanjang Thn.....

$
0
0
Assalamualaikum n salam syng semua! AZRA FESYEN mengadakn kelas jahitan pakaian wanita sepanjang thn. Masa belajar yg flexible. Anda boleh memilih hr yg ada suka utk dtg belajar. Anda d ajar secara induvidu.Insha Allah anda akan d bimbing hingga boleh menguasai bidang ini dgn syarat anda mesti seorg yg berusha utk majukn diri. Sepanjang belajar d AZRA FESYEN, madam akan memberi perkongsian ilmu kpd semua students . Tips akan sentiasa d beri sepanjang pembelajaran. Jom la menambah kemahiran hidup dlm bidang jahitan bersama madam d AZRA FESYEN. Tak rugi belajar menjahit sbb selagi manusia hidup memerlukan pakaian so sudah tentu si tukang jahit d perlukn....jika xnk ambil tempahan boleh jimat dgn menjahit pakaian sendiri....jommmm menjahit!!!!
 (5 foto)
Foto
Foto
Foto

BAJU BERTUNANG PELANGGAN DARI NS..

$
0
0
Assalamualaikum n salam syng buat semua pembaca blog madam.Lama madam x buat N3 kan? Untuk N3 kali ini madam nk kongsi gambar baju pertunagan pelanggan madam. Tempahan ni dh lama tp madam pula x sempat nk buat N3.Utk N3 kali ini madam x nk banyak celoteh so,jom la tengok gambar ya...jika ada yg berminat boleh tempah dgn madam ya...jommmmm tengok!

Untuk pengetahuan pembaca,baju ni berlaining ya.Madam buat sulaman manik dan bunga riben di bahagian bawah baju pemakai memakai tudung so sbb tu madam buat sulaman manik n riben di bawah baju dan hujung tangan.













Kelas jahitan AZRA FESYEN

$
0
0
Assalamualaikum n salam syng semua! Jom belajar menjahit dgn Madam Azra di AZRA FESYEN. Kelas jahitan Madam Azra, dibuka setiap hr termasuk sabtu, ahad dan cuti umum.Yuran termurah d sekitar kl. Setiap pelajar di beri perhatian secara individu. Pelajar akan d bimbing sendiri oleh Madam Azra. Jom jom jom belajar menjahit dgn Madam Azra!
Berminat hubungi madam Azra -012 9757909,call /wasap.
Gambar: Assalamualaikum n salam syng semua! Jom belajar menjahit dgn Madam Azra di AZRA FESYEN. Kelas jahitan Madam Azra, dibuka setiap hr termasuk sabtu, ahad dan cuti umum.Yuran termurah d sekitar kl. Setiap pelajar di beri perhatian secara individu. Pelajar akan d bimbing sendiri oleh Madam Azra. Jom jom jom belajar menjahit dgn Madam Azra!

KURUNG MODERN/KURUNG M'SIA/MINI KURUNG

$
0
0
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat pengunjung blog madam.Lama sungguh madam tak buat N3 kan!Perkongsian kali ini madam hanya nk kongsi gambar2 baju kurung moden saja.Rasanya ramai dah pandai jahit baju kurung moden kan?Tapi jika ada yg nak belajar or nak mahirkan diri menjahit baju kurung moden,jemput lah hadir ke kelas jahitan madam.Jagan risau,kelas jahitan madam di buka sepanjang tahun n sepanjang masa,insha Allah!Baju kurung moden memang tinggi permintaannya sama dengan baju kurung pesak.Boleh di katakan tak lapuk dik hujan n tak reput dik panas.Baju nikah pun orang masih ada yang buat baju kurung moden,hanya di tambah hiasan manik,sequin,pearl,lace atau apa saja yg menyerlahkan penampilan pengantin.Ok,jom semua...kita tengok ya baju kurung moden yg telah madam hasilkn.


Ini baju kurung moden yang telah di olah hujung tangannya.Utk bagi ada fesyen or kelainan,hujung tangan di belah dan di tambah dgn butang bungkus dan tali.














































































Memandangkan madam bermasaalah dgn internet ni so nk susun gambar pun susah jd,nampaknya madam tak dapat nk beriperincian pd setiap gambar.Jadi pengunjung blog madam cuci mata saja lah ya.Tengok la,nak taip ni pun tulisan tak cantik teratur,madam tak suka ni.Madam minta maaf ya.Jd utk N3 kali ini madam berhenti di sini saja.Akhir kata,senyum selalu n salam 1Malaysia!





Naik taraf mesin2 jahit utk students di AZRA FESYEN

$
0
0
Assalamualaikum,salam sayang buat semua pengunjung blog madam.Moga semua sihat sejahtera n ceria hendaknya.Terima kasih yg berkunjung ke blog madam dan pada yg telah mendapat manfaat dari perkongsian ilmu madam di blog n secara langsung dari madam,mohon madam,sudi sekirannya kalian sedekahakn Al-Fatihah buat madam.Kpd yg bukan islam,doakn kesihatan madam baik2 ya!Terima kasih!...Ok,utk N3 kali ini madam nak berkongsi cerita tentang perkembangan AZRA FESYEN,2 bln yg lalu madam telah menukarkn mesin2 lama (mesin hitam) kepada mesin high speed yang baru.Pertukaran ini kerana madam ingin students madam lebih berkeyakinan dan bersemangat!Pada awalnya,students madam takut2 nk gunakan mesin high speed ni,tapi dengan tunjuk ajar dan bimbingan personal dari madam ,Alhamdulillah mereka  boleh menguasai penggunaan mesin high speed ini.Lagi pun dengan penggunaan mesin high speed kita boleh menghasilkn kerja jahitan yg lebih cepat,berkualiti dan kemas..(madam tak nafikan mesin hitam juga punya kehebatan tersendiri) pada madam utk jahit pinggang kain bergetah separuh-separuh sebaiknya guna mesin high speed sebab tapaknya lebar,tekanan yg bagus dan kekukuhan mesin high speed itu yg bila kita tarik getah utk jahit di pinggang ianya stabil.Tunjuan madam tukar mesin hitam ke high speed juga ada kaitan dengan students2 SLDN di AZRA FESYEN.Insha Allah,mereka akan duduki peperiksaan pd hujung thn ni atau awal thn depan,utk tahap 1&2.Jadi madam nak mereka berkeyakinan tinggi utk siapkan tugasan mereka nanti.Rasanya jom la kita tengok gambar pulak ya!...jom jom jom.....




Ini lah deretan mesin2 hitam madam.Telah di susun luar kedai sbb menanti kedatagan mesin2 high speed yg baru.


Sebenarnya madam berat hati nak keluarkan mesin2 hitam madam ni sebab besar jasa mesin2 hitam ni pada kerjaya madam.Tapi,perubahan mesti di buat!...maka perpisahan terjadi jua antara madam dan mesin2 hitam ni.

 Mesin hitam yg ini,sangat nostalgia!sangat2 bermakna buat madam!usia mesin ini 25thn!selepas berkahwin,ini lah mesin pertama madam.Mesin ini lah saksi jatuh bangun kerjaya madam.Mesin ini mengajar madam mengenal kehidupan,menjadi tabah,cekal dan buat madam mahu terus berjaya dlm kerjaya madam ini.Dan ......berderai laju airmata madam menceritakan kisah madam dan mesin istimewa ini...Sebenarnya rasa kesal yg tinggi menghambat jiwa madam kerana melepaskn mesin ini pergi dari hidup madam!Maafkn diriku mesin ku sayang,terpaksa melepaskn mu kerana tiada pilihan...selama madam gunakan mesin hitam ni madam tak pernah panggil "technician"utk service atau repair jika timbul masaalah sbb madam akan buat sendiri dengan penuh kasih sayang pada mesin hitam ini.Cinta madam pada bidang jahitan mekar bersama2 mesin hitam ini...semuanya tinggal kenangan!...mesin ini juga buat madam berada di tempat madam sekarang....jika di lihat,madam seperti kacang lupakan kulit atau tak kenang budi....tapi mesin ni tahu bagaimana syng madam padanya.Moga mesin hitam istimewa ini mendapat tuan baru yang baik n sayang kan nya.Mesin hitam istimewaku,berkhidmatlah dgn baik pada tuan baru mu...pasti kau di sayangi!...


Lihat lah! dua ekor kucing kesayangan madam ni,mereka pun sibuk sama! yang hitam tu namanya "Mr.Thamby" dan yg di bawah tu "Mama"....kedua2 ekor kucing ni penyeri kedai madam.Penghibur madam!





Chak!..ini lah mesin2 high speed yg baru telah tiba dan mengantikan tempat mesin2 hitam.....



Berseri2 kan kedai madam!sekarang di Azra Fesyen ada 5 biji mesin high speed,sebiji mesin jahit tepi high speed,2 biji mesin portable dan juga sebiji mesin brother Nv950 yg sangat hensem!hehehehehe.....


Alhamdulillah!syukur madam pada Allah,dengan rezekinya madam telah menukar mesin2 madam kepada yg lebih baik utk students madam.Dan moga dgn kehadiran mesin2 high speed yg baru ni bertambahlah students dan rezeki madam.Amin!




Nampaknya,sampai di sini perjumpaan kita utk kali ini.Hingga jumpa lagi madam akan cuba kongsi ilmu pulak ya.Akhir kata senyum selalu dan salam 1 Malaysia!...daaaaaaa!

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SLDN UTK STUDENTS AZRA FESYEN 2013

$
0
0
Assalamualaikum.Salam sejahtera pd yg bukan Islam.Salam kasih sayang buat semua pembaca blog madam.Alhamdulilah,2013 sudah sampai ke penghujungnya.Moga jatuh bangun sepanjang 2013 akan jadi tauladan dan pengajaran buat kita semua.Dan moga 2014 kita gagah harungi segalanya.N3 kali ni madam nk kongsikn bagaimana gementar "PRA GEMENTARA"students madam utk menduduki peperiksaan pada 6/1/14.Pd 21/12/13 madam telah adakan peperiksaan percubaan utk students SLDN madam.Tujuan diadakan peperiksaan percubaan ialah utk students madam lebih bersedia menghadapi peperiksaan nanti.So mereka lebih yakin ketika menjalani peperiksaan yg sebenar nanti.Utk peperiksaan SLDN nanti mereka akan membuat baju kurung moden berzip sorok dan skirt/kain lipat batik(lipat selisih).Jom kita tengok camna mereka menjalani peperiksaan percubaan ya....jommmmm










Madam doakan mereka berjaya melepasi peperiksaan pada 6/1/14 nanti.In sha Allah! harapan madam bukan saja mereka lulus,moga mereka boleh menguasai bidang jahitan ini dgn baik.Jika tidak utk ambil tempahan sekurang2nya mereka boleh jahit pakaian sendiri dan keluarga mereka.Tidak rugi punya kemahiran menjahit kerana di mana berada kemahiran menjahit boleh di gunakan dan di manfaat!

Ok lah!setakat ini saja N3 kali ini...SELAMAT TAHUN BARU 2014! Moga thn yg baik utk semua!Yg penting berusha utk maju dan baiki kelemahan diri!Semoga berjaya semua!hingga jumpa lagi,senyum selalu dan salam satu Malaysia!Daaaaaaaaaa

Kelas Belajar Membuat Sepasang Baju Melayu Lelaki

$
0
0
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua penggunjung blog madam.Doa madam moga semua dlm sihat sejahtera dan bahagia.Amin.N3 kali ini agak ringkas saja,madam ingin war-warkan yang madam akan adakan kelas belajar membuat baju melayu lelaki sepasang,pada 31hb/1/14 hingga 2/2/14(selama 3 hari berturut turut).Jika ada sesiapa yang berminat utk menyertai boleh call/wasap/msg madam di 012-9757909.Kelas akan di adakan di BLOK 205-00-8,FLAT SENTUL UTAMA, JLN 26 TMN DATO SENU,51000,SENTUL,KL.

Nampaknya hingga sini saja,hingga jumpa di N3 lain!Moga madam di lapangkn masa utk berkongsi ilmu yg lain pulak.Salam 1 Malaysia dan senyum senyum selalu ya! Daaaaaaaaa!

PEPLUM "BER RIBEN!"

$
0
0
Assalamualaikum.Salam kasih sayang buat penggunjung blog kesayangan madam ini.Moga kalian sihat bahagia di sisi tersayng n keluarga.Amin!N3 kali ini madam sekadar nk berkongsi memperlihatkan sebahagian hasil kerja madam.Ini adalah antara tempahan dari pelanggan yg madam terima.Ok la,jom la kita tengok ya.....hehehehe...madam nak cepat so x sempat nak bebel lebih2

Peplum ini di minta customer,utk madam jahitkan tali pinggang utk di ikat riben.So ini lah hasilnya.


Di bahagian leher dan caff di tangan juga menggunakan kain kosong ,sama dengan tali pinggangnya.Madam buat lebar 2" tali pinggang dan 2' juga utk caff tangan.


Utk skirt peplum ini madam juga gunakan kain kosong yg sama di pinggang n caff tangan.Kain kosong madam jahit di bahagian kipas belakang skirt ini.






Tali pinggang ini boleh di simpulkan jadi riben di belakang badan or di sisi badan depan.Ikut suka si pemakai.Jika suka kelaianan,apa salahnya ikatkan riben di sisi depan badan,samaada di kiri or kanan.Kalian boleh juga jahit manik or bunga riben di bahagian pinggang n caff di tangan utk mendapatkan kelainan or ingin kelihatan istimewa! 
Ok....tu jer la nampaknya N3 ini dari madam.Moga kalian mendapat ilham or any idea utk peplum kalian sendiri.Jika ada sesiapa yg berminat boleh menempah dgn hubungi madam di 012-9757909 call/wasap/sms.Akhir kata salam sayang 1M'sia dan senyum selalu ya!...Daaaaaaaaaaa!Hingga jumpa lagi,in sha Allah!

KEMEJA LELAKI 2

$
0
0
Assalamualaikum!Salam kasih sayang buat semua.Moga semua sihat ,bahagia n di rahmati ALLAH selalu hendaknya!amin!Madam ingin ambil kesempatan di sini dan di N3 kali ini utk merayu,ada kesudian pd pembaca blog madam utk mendoakan kesembuhan buat ank saudara madam bernama Husnani Wati Hussin.Ank saudara madam sedang koma di HKL.Sehingga saat madam menaip N3 ini,sudah 8hr Nani tidak sedarkn diri.Moga pembaca blog ini sudi sedekahkan Al-Fatihah buat Nani.Dan madam dahului dgn jutaan terima kasih dan amin atas doa pd yg sudi.

N3 kali ini madam nk share gambar2 baju kemeja yg di tempah di kedai madam.Sebenarnya bnyak, tp yg ni jer madam sempat snap!Utk gambar yg  mula di bawah ni,sepasang baju batik suami isteri.Mereka berkerja dlm satu pejabat so corak batiknya sama hanya warnanya jer sedikit berbeza.Jom la tengok ya....




Inilah,baju sepasang batik yg di tempah oleh pasangan suami isteri yg berkerja di satu pejabat.

















































Hm hm hm hm.....bunyi apa tu?hehehehe....sebenarnya mood madam saat ni kelaut sungguh!sbb tu tak banyak komen dr madam.Madam minta maaf ya.Madam dok teringat pada ank buah madam yg sedang bertarung nyawa di ICU HKL.Spt tak percaya madam melihatnya sbb berlaku dlm keadaan yg tak di sangka.Sbb sebelum dia tak sedarkn diri dia elok jer mkn goreng pisang n minum air soya!Mak dia gi mandi n bila keluar bilik air tengok dia muntah atas katil n tertangkup.Segera maknya call madam yg masa tu masih di Azra Fesyen(rumahnya dgn kedai madam dlm satu blok) dan masa tu madam sedang bersiap nk solat maghrib.Bergegas madam kerumahnya tp masatu dia dh tak sedar!Segera kami kejarkn ke klinik berdekatan n doktor suh terus ke HKL bahagian kecemasan.Sehingga hari ni masih tak sedar....Nani,moga dgn keajaiban ALLAH,nani sembuh semula!amin.Kasih sayang Mak njang sentiasa bersama Nani.Moga Nani dengar setiap kali Mak Njang bisikkan kalimah keramat lg suci ke telinga Nani.Amin!

Pembaca blog madam,nampaknya sehingga di sini pertemuan kita buat kali ini.Madam minta maaf jika ada yg kurang di N3 kali ini.Hingga jumpa lg....jgn lupa senyum selalu(senyum itu sedekah n boleh hilangkan stress)Salam syng n salam satu Malaysia!Daaaaa

Viewing all 79 articles
Browse latest View live