Quantcast
Channel: MaDam AzrA FesYeN

TIADA ASAS DLM MEMUAT PAKAIAN?INGIN MENDALAMI MEMBUAT POLA?MASAALAH CANTUM TANGAN BAJU KE BADAN BAJU???

$
0
0
4/5/15.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua pengunjung blog madam.Moga semua dalam rahmat Allah dan sihat sejahtera. Aamiin! Panjangkan tajuk N3 madam kali ini.Ini atas sebab,inilah yg selalu melanda mereka yg baru dalam bidang jahitan.Sekarang madam bersedia utk membuat kelas kepada sesiapa yang ingin menyelesaikan masaalah2 seperti di atas.Madam juga ada membuat kelas pada mereka yang bercadang utk jadikan bidang kemahiran menjahit sebagai sumber pendapatan!Sesiapa yang benar2(bukan hangat2 tahi ayam ya!) ingin melangkah menjadi pakar menjahit sepenuh masa(madam tak suka guna "tukang jahit") boleh datang ke kelas madam. Madam akan melihat kelebihan yang ada pada anda dan bantu anda menjadi pakar menjahit yang kelebihan yang ada pada anda.Kita tak nampak apa kelebihan yang ada dalam diri kita selagi kita tak mencuba dan cungkil keluar kelebihan yang ada tersembunyi dalam diri kita! 

Pada mereka yang ada masaalah atau tak yakin bila membuat pola S/M/L/XL juga boleh datang ke kelas klinik pola madam. Masa boleh ikut hari yang anda mampu hadir.Tetapi madam nasihat,baik booking hari dulu jika inginkan klinik pola bersama madam.Klinik pola madam utama kepada pakaian wanita saja ya.


















Sesiapa yang ingin kemahiran menjahit samaada untuk membuat pakaian sendiri dan keluarga atau untuk jadikan kemahiran menjahit sebagai punca pendapatan sampingan atau pendapatan tetap,boleh menghadirkan diri ke kelas jahitan madam.Madam sepenuh masa mengajar menjahit sahaja.Di AZRA FESYEN,madam sendiri yang mengajar dan berkongsi ilmu jadi anda akan mendapat bimbingan sepenuhnya dari Madam sendiri.Segala persoalan anda,madam sendiri yang jawap.In sha Allah,andan berpuas hati hadir ke kelas di AZRA FESYEN,bawah bimbingan  Madam Azra sendiri. AZRA FESYEN juga bakal mengadakan kelas membuat uniform nurse.TETAPI tunggu ya,akan madam war2kan nanti. Oppppppsss . ....sebelum  terlupa ni no hp madam utk d hubungi  012-9757909 , boleh  msg,call,wasap  or telegram .😊 Alamat  madam  di BLOK  205-00-8 ,  FLAT  SENTUL  UTAMA ,  JLN  26  TMN  DATO  SENU ,  SENTUL ,  KL .

Hingga di sini dulu ya!Hingga jumpa lagi,salam 1Malaysia dan senyum selalu ya! Daaaaaaaaaaaaaa!!!

RAYA TAK LAMA LG....NK BELAJAR BUAT BAJU MELAYU?JOM BELAJAR DGN MADAM AZRA.

$
0
0
Assalamualaikum.Salam  syng  semua!  N3 kali sangat ringkas  saja. Madam ingin maklumkan,sesiapa  yang ingin  belajar  membuat  baju melayu  lelaki  sepasang  boleh  booking  kelas dgn madam , bila2  masa ya. Boleh  hubungi  madam  d  012-9757909  @  dtg  terus  ke  BLOK  205-00-8 ,  FLAT  SENTUL  UTAMA ,  JLN  26  TMN  DATO  SENU ,  51000,SENTUL . 

Ok,hingga  setakat  ini ya N3 kali ini. Salam  syng  dan senyum  selalu ! Daaaaaaaaaaaaaa !!!

CARA MENJAHIT GETAH(BENANG GETAH) DI HUJUNG TANGAN

$
0
0

Bismillah. Assalamualaikum dan Salam syng semua. Lama madam x buat tutorialkan. Hr ni, madam Cuba cari masa utk buat tutorial cara menjahit benang getah di hujung tangan ya. Jom kita mulakan.

1- Masa nk potong tangan, tak kira la samaada nk buat pd tangan baju apa pun, pastikn lebihkn labuh@panjang tangan 1.5"dari ukuran asal. Cnth-panjang tangan asal 22"+1.5"=23.5. Kenapa? Sbb bila tangan jenis ada cengkaman atau kaf, bila nk gerakkn tangan, tangan akan tertarik keatas dan agak tak selesa. Atas sbb itu kita perlu lebihkn sedikit labuh/panjang tangan.

2- Lebar tangan pula, berapa ukur keliling hujung tangan JGN bahagi 2 ya. Sbb getah akan berkedut.Jika kurang nanti di pergelangan tangan atau hujung tangan akan jadi ketat.Cnth: keliling hujung tangan 7. So buat lebar hujung tangan 7 juga, jgn bahagi 2 ya. Utk lebih jelas, lepas gunting kain bahagian tangan, bila di buka. Hujung tangan jd 15" termasuk basi utk cantum.

3-Di hujung tangan jgn jahit tepi ya. Sbb kita nk buat kelim halus atau baby seam. Jika pilih nk buat jahit tepi halus pun boleh. Ikut la cita rasa sendiri ya. Ok sekarang nk mula jahit kedut dgn benang getah.

Setelah buat kelim halus di hujung tangan, tukar benang sekoci bawah kpd benang getah ya. Adjust tensions rumah/ibu sekoci. Jika guna mesin portable yg x ada ibu sekoci x payah lak pi godek mesin tu ya.

Buat tanda jarak yg di sukai. Madam buat jarak 3/4". Dan mulakan jahitan benang getah yg pertama. Ingat ya, bila jahit getah mesti tarik kain yg sedang di jahit. Pastikn jahitan anda lurus.**Lebar keliling tangan baju ini 7'.so lebar kain utk hujung tangan ini 7'+1''(basi jahit tepi tangan ini nanti,1/2kiri dan 1/2 kanan.Harap boleh faham ya.

Bila dh siap jahit garisan pertama. Masa di hujung jahitan tak perlu di matikn. Bila sampai hujung jahit naik keatas spt yg madam tunjuk dlm gmbr di atas. Jahit keatas dlm anggaran 1/2" atau 5mata jahitan.
Kemudian buat jahitan baris kedua. Sama spt yg pertama, masa jahit tarik kain tu. kalau tak nnti x nampak lurus atau tak jahitan tu.




Bila jahitan barisan kedua dh sampai hujung, ulang cara yg tadi .



Ulang hingga berapa barisan yg kita hendak.Madam buat 5 barisan.Tujuan tidak putuskan benang supaya benang tidak mudah putus semasa pemakai memakai pakaian ini.



Madam gunakan 2 sekoci.Yang satu memang madam khaskan utk sekoci benang getah dan satu utk benang biasa.Dengan ini madam tak perlu adjust tension sekoci setiap kali hendak jahit guna benang getah.



Inilah rupa sebelah dalam benang getah yang telah siap di jahit.Ditepi tangan baju pun kemas sbb tak ada benang yang berserabut kerana kita jahit dgn teknik tidak putuskan benang.



Ini pulak ialah rupa di sebelah luar yang dah siap sempurna di jahit.




Ini pula ialah madam tunjukkan cara menjahit hujung tangan yang berkaki(ada border). Buat juga kelim halus(baby seam).










Ok,camna? Madam doakan semua yg mengunjungi N3 ini dapat manfaat dari perkongsian ilmu dari madam ini.Aamiin! Madam ingin buat sedikit permintaan ,Pada sesiapa yg mendapat manfaat atau menguna pakai ilmu yang madam kongsikan tak kira samaada di N3 ini atau yang lain2,sudi kira sedekahkan Al-Fatihah buat madam.Itu saja yg madam minta dari pengunjung blog madam yg mendapat manfaat dengan perkongsian ilmu madam.
Nampaknya sudah di penghujung.Madam minta undur diri dan maaf jika ada kekurangan dalam perkongsian madam.Hingga jumpa lagi,senyum selalu dan salam 1Malaysia!Daaaaaaaa

CARA MEMBUAT TOPENG JERUBU/ MASK

$
0
0
29/9/15.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih syng buat semua pengunjung blog madam. Terima kasih berkunjungke blog kesayangan madam ini.Memandangkan negara kita di landa jerubu,so madam kongsikan ilmu membuat topeng/mask utk kegunaan di masa jerubu.Jika kita boleh buat sendiri ianya lebih berjimat sbb boleh tukar2 utk cuci dan simpan bila dh tak musim jerubu. Ianya juga exclusive,kita lain dari org lain. Tak la guna sama je dgn org lain kan! Ok la,jom kita mula kan cara membuat topeng/mask jerubu sendiri.

**Maaf,ukuran mask di bawah ya,baca dulu cara2 membuat dulu nnti sampai la ke ukuran mask ini.**


Yang ini madam buat exclusive utk madam sendiri,so madam sulam di salah satu bahagian depan.Jika kalian nk juga boleh la sulam ya. Potong 4 keping sama saiz.

 Masih lagi part depan ya,di sebelah dlm kain yg part depan tadi madam gosokkn batting gam.Batting di ada gam dan bila di gosok ianya akan melekat terus pd kain.Batting ini menghasilkan rasa gebu n selesa dan tegap bila memakai mask ini.

 Ok,ini ke empat2 keping kain yg dh di potong .Bahagian depan yg telah madam gosokkn batting bergam tadi.Dan lagi 2 kpg biarkan begitu saja tanpa batting bergam.

 Hah!ini lah batting gam tu. Batting ni ada juga yg tak ada gam ya.

 Ok,sekarang madam letakkn berpasangan,depan dan belakang setiap pasang ya.

 Madam cantum depan dengan depan,maksudnya yg part depan kiri n kanan di cantum/jahit.Kemudian jahit tindih dr luar pulak utk memperkemaskan hasil kerja kita ya.


Yang ini part dlm mask. Cantum/jahit sama spt yg depan tadi.Jahit tindih juga ya.


Jagan di lupa pulak letak getah ya! Jahit sebelah luar depan,spt yg madam buat tu ya.

 Setelah itu,kita cantum/jahit depan belakang mask.Dan pastikan jahit dari bahagian dalam ya.Jangan jahit habis keliling pulak ya sbb nanti tak boleh nk di terbalikkan.So tinggalkan ruang dlm seinci di bahagian dagunya ya.

 Tengok tu,madam terbalikkan. Keluarkan bahagian luar semuanya ya.
 Hah! camni la rupanya bila selesai di terbalikkan.Setelah proses menterbalikkan mask selesai,jahit tindih dr depan mask. mula di hujung sebelah bawah(dagu).Bila sampai di part yg kita tak jahit tadi,susupkan ke dalam bagi kemas ya. Dan jahit keliling.Tujuan jahit tindih ini utk memperkemaskan hasil kerja kita dan membentuk cantik mask tu.

 Tadaaaaaa....tu madam dh terbalikkan dan jahit tindih sekeling mask.Kemaskan!

 Ini bahagian dalam mask,maksud madam part ini yang akan di muka bila guna mask ni.Getah tu utk pegang mask masa di pakai ya.

 Hmmmm.....comei tak,mask madam?

 Hasil sulaman yang madam sulam atas mask madam. Exclusive kan! Org lain mana ada mask cam madam ni!Hehehehe....madam ngusik je ya.

                                          Ianya akan melengkung camni ya.




Aaaaaa....dh sampai ke pola mask. Jika taknak mask yg besar, masa potong kain tak perlu basi.Ikut je pola.Jika utk ank2 boleh kecilkan suku inci sekeliling ukuran mask yg madam beri ni ya.Dan tak perlu basi.Pandai2 la adjust saiz yg kalian kehendaki ya.



Ok sayang semua,kita dah sampai ke penghujung perjumpaan. Madam ingin sampaikan hasrat hati madam pd semua pengunjung blog kesayangan madam ini.Andai jika kalian rasa perkongsian ilmu madam memberi manfaat dan membantu kalian,madam berbesar hati jika kalian sudi sedekahkan Al-Fatihah buat madam. Dan yg bukan beragama islam,doakn kesejahteraan madam.Madam dahului dengan terima kasih.Maaf jika ada kekurangan dari madam.

Hingga jumpa lagi di N3 akan datang,seperti biasa......senyum selalu dan salam 1Malaysia!

CARA MEMBUAT LUBANG BUTANG MENGUNAKAN MESIN PORTABLE SINGER(4 STEP)

$
0
0
30/9/15.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua pengunjung Madam Azra ini. Moga semua sihat,ceria dan berbahagia di samping orang2 tersayang.Aamiin!Mmmmm N3 kali ini madam nak kongsi cara mengunakan mesin portable yang gunakan 4 step/langkah untuk membuat lubang butang.Tapi yang madam nak tunjuk ni guna mesin portable SINGER. Ok la,jom madam mulakan ya!


 Ini lah abg Singer yang madam maksudkan!Mmmmm hensem jugak ya!Hehehehehe......

Mula2,buat tanda ukuran saiz butang yang hendak di gunakan nanti.Tau tak cara camna nak tau saiz lubang butang yg di perlukan.Ambil butang yang hendak di gunakan dan terbalikkan.Tandakan atas bawah butang akan dapat seperti yang madam buat dan buat garisan memanjang sebagai panduan masa menjahit nanti.**Madam minta maaf ya sbb terluba nak snap gambar camna nk buat ukuran lubang butang dgn butang yg di terbalikkan.**

 Setkan di mesin seperti yang madam tunjukkan.Gambar tu menunjukkan simbol lubang butang ya sayang2!

 Kemudian pusing tombol ini ke nombor 1.Nampak tak ada tulis no.1.Yang 3 merah tu,utk membuat lubang butang ya adik n abg manis!Walau ada 3 tapi utk 4 langkah tau!

Dah siap buat tanda pd baju yang nak kita buat lubang butang dan siap setkan setting mesin ke membuat lubang butang,maka sekarang boleh mula ya.Nampak tak?Madam letak garisan tu betul2 di tengah2 tapak mesin.Oppppssss....madam tak tukar tapak ke tapak lubang butang sbb nak ringkaskan kerja....suka kan kalau ajar cara yang ringkas tapi tak mengecewakan hasilnya!

 Mula la jahit, dari atas ke bawah ya.Sampai di hujung tanda,berhenti dan pastikan jarum di naikkan ya sebab kita nak buat step yang ke dua pulak. Jika tak di angkat jarum,jarum akan patah ketika menukar tombol setting ke step 2. Faham tak?

 Ni kita buat step ke dua ya.Nampak tak madam dh pusing tombol ke no 2 pulak.Step no2 ni utk buat stopper yang pertama ya.Jahit la dalam 3 kali jahit,nak lebih pun boleh jika suka.

Nampak tu,madam dah buat stopper yang pertama.

 Selepas tu,pusing tombol setting ke no3 pulak ya.Aaaaa....jgn lupa naikkan jarum sebelum dok pulas tombol tu ya.Nanti patah sape yang susah?!


Jahit sampai hujung sebelah atas pulak,dah sampai berhenti dan naikkan jarum.Tengok,madam naikkan jarum kan!

 Pulas tombol setting ke no4 pulak ya.Setting no 2 dan 4 berkongsi tempat ya .Jahitla stopper yang last pulak.Ketebalan stopper terpulang pada kalian ya.


 Camni la lebih kurang bila dah siap. Nanti kalian buat lagi comei dari yang madam bat ya. Ni sbb madam buat tutorial mengejut lagi tetanjat sbb ada yang minta bantuan.Jika suka tebal boleh buat lagi satu pusingan.Segalanya terpulang pada citarasa masing2 ya.


Dah siap jahit ,tentu2 nak di lubangkan kan?!Ambil satu peniti,pinkan di salah satu hujung yang kita jahit tu dan guna pembuka benang utk tebuk lubang.Tujuan meletakkan pin tu supaya kita tak terlajak ketika menebuk lubang butang.Tau2 je la,kekadang tangan kita ni diluar kawalan kan?!Kalau dah terlajak....mmmm jahanam baju yang kita dh jahit dengan penuh kasih sayang tu!Sape nak tlng?Nasihat madam,sebelum buat atas baju terus,sebaiknya cuba atas kain perca ya.

Setakat ini je N3 madam kali ini.Dengan rendah hati,madam harap perkongsian ini membantu kalian.Dan jika perkongsian yang ini atau perkongsian yang lain2 membantu kalian,sudi kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat diri madam ini.Dan madam ucapkan terima kasih pd yg sudi luang sedikit masa utk sedekah Fatihah buat madam.

Hingga jumpa di N3 yang lain.in sha Allah.Madam tingalkan dgn pesanan senyum selalu dan salam 1 Malaysia!

BENGKEL GAUN PEPLUM(FULL CIRCLE OR HALF CIRCLE)

$
0
0
1/12/1/2015.Assalamualaikum dan salam syng semua. Apa khabar semua? Moga semua sihat sejahtera hendaknya!Aamiin. N3 kali ini madam ingin war-warkan bengkel gaun peplum kanak2. Bengkel gaun peplum kanak2 akan di adakan pd 24/12/15.Kepada yang berminat boleh hubungi madam di 012-9757909. Siapa cepat dia dapat ya!Sekian hingga jumpa lagi.
Seperti biasa madam akhri N3 kali ini dgn salam satu Malaysia dan senyum selalu.....Daaaaaaa!



BENGKEL GAUN PEPLUM KANAK2.
TARIKH-/12/15.
MASA- 9 pg hingga siap.
Lunch di sediakn.
Dlm bengkel ini, berpeluang belajar 
1-membuat peplum full circle dan half circle.
2- menjahit zip sorok.
3- menjahit baby seam.
4- membuat tangan kedut 
     di bahu.
5-getah hujung tangan. 
BERMINAT? Segera mendaftar, kerana tmpt terhad. 
Yuran rm200.00.
**cikgu juga ajar camna nk jahit zip sorok walau tmpt tu x ada basi utk zip.**




FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL)

$
0
0
Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih sayang pada semua pengunjung blog kesayanagan madam ini.N3 kali ini madam ingin kongsi sesuatu yg berkelaianan dari biasa.Mari kita mendalami baju tradisional yang jadi kebanggan kita orang melayu.

CANTIKNYA BAJU MELAYU
ADA SEBAB BUTANGNYA LIMA
DAN BUTANGNYA SATU
DAN KENAPA KOCEKNYA TIGA












  





Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama.Berbaju melayu misalnya di mulakan sekitar 700 tahun dulu dan di percayai di perkenalkan pada zaman empayar Melaka pada zaman Sultan Muhammad Shah,serta kaya dengan falsafah dalam berbusana.Sultan Muhammad Shah ketika itu mahukan orang melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri.

Sekali pun alam berpakaian ,bukannya berbaju "atas angin"seperti pakaian pedagang Arab atau India zaman itu.Timbalan Dekan Pengajian Siswazah.Fakulti Bahasa dan Komunikasi,Universiti PerguruanSultan Idris(UPSI),Prof.Madya Datuk Paduka Dr. Mohd.RosliSaludin ketika di hubungi ,menjelaskan Baju Melayu pada zaman Melaka awalnya di pakai singkat dan sendat seperti baju pesilat.

Bagaimanapun rekaan baju melayu ini mengalami evolusi dan di ubah suai atas persetujuan Sultan.Dari berbaju sendat dan seluar singkat,bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh.Seperti kehendak Sultan Muhammad,pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat,tetapi lambang identiti bangsa.

Cara penggayaan baju Melayu,juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri.Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka,malahan pemakaian membawa makna sendiri.Secara tidak langsung,orang Melayu mendidik generasi muda melalui pemakaian.

Baju Melayu ada dua rekaan iaitu Cekak Musang dan baju Teluk Belanga.Baju Melayu Cekak Musang butangnya lima.Berbutang lima merujuk kepada lima rukun islam,dengan dua butang di atas bermaksud,mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.Selebihnya di wakili,tiga butang di bawah.Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga,falsafah di sebalik.Menegak rukun Islam tidak tercapai.Malah ada teromba mengenai pentingnya pemakaian lima butang baju ini:

"cekak musang berbutang lima 
  lima rukun di dalamnya
  lima petua di bawanya
  lima tiang di tegakkan"

Mana kala,Teluk Belanga pula,butangnya satu dan membawa falsafahnya tersendiri.Pemakaian satu butang untuk teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa,seperti di nyatakan dalam teromba yang berbunyi:

"teluk belanga berbutang tunggal
  tunggal satu tuhan yang di sembah
  tunggal tidak dapat di anjak alih
  tunggal tidak dapat di belah"

Tiga kocek pula,merujuk kepada Iman,Ihsan dan Islam.


Sungguhpun demikian,ada juga pandangan lain mengatakan,butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini di pakai oleh golongan aristokrat,manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya di khususkan kepada orang kebanyakan.Butang tujuh ini merujuk kepada tujuh lapis langit dan bumi,dan tujuh tingkat syurga dan neraka.Bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang Maha Mulia.

Jika memakai baju melayu ia mesti di lengkapi samping.Tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkawin atau sebaliknya.
Apabila mengenakan sampin,lelaki yang sudah berkawin mesti di bawah lutut.Namun,kalau orang yang bujang,sampinnya mesti di atas lutut.Kalau orang sudah berkawin,memakai sampin singkat,itu tandanya dia hendak menambah isteri.Ada teromba klasik berhubung pemakaian sampin,berbunyi:

"adat memakai sampin
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain sampin bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tandanya nak cari lagi
harus tahu keadaan ini"

"kok anak muda muda
kain labuh di atas lutut
bagai dubalang masuk gelanggang
bagai ayam mencari lawan."

Cara pakai sampin pun ada makna atau menunjukkanstatus masyarakat.
Contohnya kerabat mengikat kepala sampin di sebelah kanan.Bangsawan di sebelah kiri.Rakyat biasa di tengah tengah.
Ilmu dan falsafah di sebalik pemakaian baju melayu perlu,di hebahkan supaya lebih ramai yang tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini.

Orang muda tidak buat sebab,mereka tidak tahu.Kalau tahu tentu mereka buat.Sebab ini adalah adat kita orang melayu.Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini,sampai bila-bila pun ia tidak dapat di kongsi dengan masyarakat.

Info ini madam dapat dari Cikgu madam.
Harap perkongsian ini memberi manfaat pada masyarakat.
In Sha Allah!

Sebelum madam tinggalkan kalian,seperti biasa....
Senyum selalu dan salam satu Malaysia!
Daaaaaaaa...... tunggu N3 seterunya ok!












PAKAIAN KANAK-KANAK PEREMPUAN(GAUN)

$
0
0
20/1/16.Bismillah,Assalamualaikum dan salam kasih syng buat semua pengunjung blog kesayangan madam ini. N3 kali ini madam sekadar nak berkongsi gambar-gambar gaun kanak. Sebahagian ialah antara hasil dari AZRA FESYEN(hasil airtangan madam sendiri) dan sebahagian lagi hasil tangan students madam yang menyertai bengkel Gaun kanak-kanak & Gaun Peplum Kanak-kanak.Madam sedia menerima tempahan pakaian kanak-kanak.Jika ada family yang ingin menempah pakaian sedondon utk Aidil Fitri tahun ini,boleh menghantar tempahan secepat mungkin ya.Ok,jom kita tengok antara gaun kanak-kanak yang ada dalam simpanan madam.Ada masa madam tak sempat nak ambil gambar.So ini antara yang sempat.Jom la ya,kita tengokkkk ....berminat boleh tempah terus pada madam.Ni no hp madam,012-9757909.







Gaun ini di tempah customer madam sedondon ibu dan ank.



Gaun ini di tempah customer madam yang datang ke kedai madam.Dia beli cotton Vietnam ini dari kedai madam terus tempah.






Baju ini di tempah customer.Songket sarawak yang sedang di gilai orang.Baju ini juga sedondon ibu dan ank.




Gaun peplum ini juga hasil airtangan madam.Berminat?Hubungi madam utk tempahan ya.

 




Blaus ini adalah dari lebihan kain membuat gaun di atas.Madam maklumkan pada ibu nya,dan ibunya suruh madam buatkan blaus utk anaknya.Blaus ini boleh di pakai dengan seluar jeans or skirt.

B







Gaun ini juga antara yang di hasilkan oleh madam.








Di AZRA FESYEN,juga menerima tempahan baju kurung moden utk kanak-kanak.Juga baju kurung biasa.









Ini gaun peplum yang juga madam hasilkan sendiri.Peplum kombinasi .Berminat?Hubungi madam segera ok!



Yang ini adalah hasil student madam masa bengkel kanak-kanak.Cantikkan?Anda pun boleh buat jika ada kemahuan.Jika ingin mempelajari cara-cara membuat gaun peplum utk anak anda,apa lagi?! Hubungi madam segera ok!




Ini juga hasil tangan student madam masa menyertai bengkel gaun kanak-kanak.Seronokkan bila lihat anak kita pakai pakaian yang di jahit si ibu sendiri!Berminat?!Hubungi madam ya!


Juga hasil student madam.Student ni sedang hamil,so dia buat utk anak buahnya.In sha Allah dia dapat ank gegirl,boleh buat sendiri gaun utk anaknya nanti kan!



Gaun Kombinasi warna.Menarik juga purple dan biru!



Madam juga berkongsi idea dengan student madam.Madam cadangkan buat sedikit jahitan bercorak yang di pilih dari mesin portable madam.Seni itu indah kan?!


Perhatikan tali pinggangnya.Madam bagi idea buat pleat,supaya ada kelaianan.


Gaun ini juga dapat sentuhan jahitan bunga dari yang ada di mesin portable madam.Dan hujung tangannya madam cadangkan buat getah bertingkat-tingkat.Belajar dengan madam,memang madam suka berkongsi idea dan mencadangkan kelaianan,so tak la semua students yang hadir dlm bengkel menghasilkan baju yang sama saja patternnya. Betul tak?!




Hah!yang ini student madam buat tanpa lengan.Jika orang yang tak ada pengalaman memang akan buat lubang tangan seperti biasa dan nanti hasilnya lubang tangan tu jadi besar dan ada budak akan rasa malu nak pakai!Yang madam ajar hanya ngam-ngam keliling lubang tangan.Berminat nak pelajari tekni ini?Jom belajar di AZRA FESYEN.Tentunya madam yang ajar dan kongsi ilmu.





Yang ini pun comelkan?! Polkadot dan bunga-bunga!kombinasi yang menarik!Ceria!Gaun ini kelaianan yang madam cadangkan,buat rebe yang kembang/besar di hujung!Kan kelaianan!



Gaun ini,student madam pilih untuk belajar teknik membuat leher guna paiping dari kain yang sama.Dan hujung tangan buat getah satu.


Gaun ini,pun dapat sentuhan kelaianan.Kelaianan dari segi aksesorinya! Madam ajar cara buat reben bow dan di jahit buatang yang comel di atas bow itu.


Dan di bahagian bawahnya madam ajarkan supaya letakkan kain yang bercorak paisley itu di bawah.Kalau kain ada lebih banyak boleh buat pleat....lg comei!




Ok,Yang ini pun ada kelaianan.Bahagian dada tu di potong memanjang dan di tambah renda dan di tengah-tengah di tambah tampalan kain dan hiasan butang bunga yang comei!


Hujung tangannya di jahit getah bertingkat tp dalam 3 tingkat je.





Mmmmmm....puas tak melihat gaun-gaun yang madam kongsikan.
Jika raya tahun ini teringin menjahit baju untuk anak-anak sendiri,boleh la belajar dari sekarang ya.Sbb puasa tahun ini jatuh pada bulan enam ni.Sangat jimat jika kita boleh menjahit sendiri pakaian kita sendiri dan anak-anak.Masa untuk belajar masih ada,hanya perlu di rebut secepat mungkin .

Nampaknya hingga di sini N3 madam kali ini.In sha Allah selepas ni ada perkongsian ilmu pulak ya!
Seperti biasa,madam tinggalkan kalian dengan senyum selalu dan salam Satu Malaysia!Daaaaaaaaa...................

AZRA FESYEN MENERIMA TEMPAHAN NAME TAG/TANDA NAMA.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sejahtera dan bahagia hendaknya.Aamiin!N3 kali ini madam ingin mengwar-warkan tentang ntara aktiviti di AZRA FESYEN yang tak pernah madam kongsikan dengan pengunjung blog saya.Aktiviti yang madam maksudkan ialah membuat sulaman.Di AZRA FESYEN memang ada menerima tempahan sulaman.Antaranya membuat name tag/tanda nama,sulaman I AM,sulaman biku2 di baju,sulaman applique pelbagai gambar,bag tag dan lain2 lg. In sha Allah,nnti madam share antara gambar2 yg sempat madam ambil.
 
 
 
 Contoh name tag di atas ni ialah bukan utk kegunaan rasmi atau utk sekolah tapi di tempah untuk di jahit kepada alatan keperluan peribadi,name tag bukan hanya utk kegunaan jahit di baju saja. Boleh juga di jahit pada pakaian ank2 yang tinggal di asrama atau rumah pengasuh jd tak la hilang atau tertukar dengan orang lain kan!So sesiapa yang rasa perlu barangan peribadinya di letakkan nama dan nak guna letak name tag,boleh la tempah name tag dengan madam.



Ok,yang ini antara sulaman name tag yang di terima oleh AZRA FESYEN. Standart size.

 Sebelum jadi name tag,ini yang berlaku ya.

 Bila dah siap kolum utk border,baru la masukkan nama ya.




Bila dah siap masukkan nama,baru la di keluarkan dari hoop/ram.


Sekarang baru la di potong2 menjadi kepingan nama.Name tag.


Lepas siap semua proses kemasan ke atas name tag,boleh la madam packing ikut tempahan yang di terima sbb berlainan penempah.

 Yang ini di tempeh oleh pasangan bercinta. Belum ada rasanya sekoah yang buat untuk sekolahnya name tag warna kain purple dan benang pink!





Ok, nampaknya setakat ini perkongsian dari madam .In sha Allah,kita jumpa lagi.Yang berminat nak menempah name tag,boleh hubungi madam di no 012-9757909 (wasap/msg/telegram/sms/call)
Hingga jumpa lagi,salam saying dan salam satu Malaysia dan senyum selalu ya! daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

GAUN KANAK-KANAK SETAHUN/1THN

$
0
0
Assalamaualaikum dan salam syng semua! Moga kita semua dlm rahmat Allah dan sihat hendaknya.Aamiin! N3 kali ini madam ingin kongsikan hasil dari AZRA FESYEN. Gaun kanak2 setahun.Madam juga ada buat kelas pakaian kanak2,sama ada gaun atau kurung/kurung moden. AZRA FESYEN juga ada menjual pakaian kanak2.Jika hendak menempah pun boleh. Jika berminat menempah,membeli atau belajar membuat pakaian kanak2 oleh hubungi madam di 012-9757909.






Di belakang gaun ini madam guna butang bungkus.Di kedai madam ada membuat butang bungkus.Jika ingin menempah boleh ke AZRA FESYEN.



Gaun ini juga madam tambah tali pinggang.Jadi jika longar boleh la di ikat ikut saiz kanak2 ini.







Saja madam tambah butang bungkus dr kain bercorak di garisan pinggang gaun ini,sebagai hiasan/aksesori.Hiasan gaun kanak2 boleh buat ikut kreativiti sendiri.Di belakang baju tadi madam guna butang bungkus dari kain kosong supaya nampak kelainan.






Di bahu kiri dan kanan madam tambahkan aksesori reben dan butang bungkus. Kanak2 pasti comel dan suka dgn aksesori begini.










Sampai di sini saja.Hingga jumpa lagi!salam 1 Malaysia dan senyum selalu!Daaaaaaaaaaaa

NAME TAG DAN BAG TAG DI AZRA FESYEN(3pcs+free1pc=4pcs)

$
0
0
                                                                                                                                    Assalamualaikum dan salam syng semua!Moga di penghujung tahun 2016 ini banyak kebaikkan dan kejayaan telah di raih! Madam pasti,ramai yang dah tahu  di AZRA FESYEN ada menerima tempahan name tag dan sulaman lain. Kali ini sekali lagi madam nak war-warkan tentang penerimaan tempahan name tag dan bag tag terutama sekolah untuk tahun 2017 bakal menjelma! So tentu ibuayah sibuk mencari tempat untuk menempah name tag @ bag tag.AZRA FESYEN bukan saja menerima tempahan,malahan juga menyediakan perkhidmatan pos.Jadi bagi yang tinggal jauh dari tempat madam di Sentul ni boleh tempah dan madam poskan. Jadi ini memudahkan anda yang menempah kan! mmmm ok lah! jom la tengok gambar,nanti bosan pulak dengan madam.

Ini antara tempahan yg madam siapkan.Setiap hari tempahan masuk jadi madam ushakan setiap hari sulam name tag dan bag tag.
                                               I                                                     
 Proses membuat name tag ni agak remeh. Setelah menerima tempahan dari pelanggan dan perbincangan serta kata putus di buat,maka madam mula membuka laptop dan pergi ke software sulaman yang madam beli dari overseas.Di software madam akan buat beberapa step dan masukkan ke pendrive. Kemudian madam mula buat persiapan bahan2 untuk menyulam.Proses ini agak perlukan ketelitian dan pastikan kain dan lapisannya tegang secukupnya.Setelah itu pasangkan hoop yg telah siap di pasangkan kain dan lapisan yg sepatutnya setegang yg mungkin. On mesin sulaman,set benang dan mula jalankan mesin. Mesin akan sulam ikut apa yg telah di save ke pendrive. Masa proses menyulam kekadang(selalu sebenarnya!) benang akan buat perangai samada benang atas atau bawah! Tetapi ketika berlaku begini,madam amalkan selawat dan istighfar sebab ada masa benang putus sesuka hati dan mencabar kesabaran! Hehehehe.....pandai2 la pujuk abg sado tu!(mesin sulam madam,madam namakan abg sado U!)


 Setelah selesai proses menyulam,maka keluarkan kain yang dah di sulam dari mesin(abang Sado!).Maka mula la proses memotong,trim dan membakar keliling name tag tu satu persatu.Perghhhhh!!! kena gigih utk mendapatkn rezeki yang berkat!



    
Opppsssss.....lupa pulak madam nak share,kain yang di gunakan utk name tag ialah kain YELLOW LINE ya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Ini pulak nak sembang pasal bag tag.Madam ada pelbagai bentuk dan desing bag tag.Yang madam tunjuk kali ni ialah tempahan yang madam terima dan buat. Apa kegunaan bag tag? Bag tag bagi anak2 yang bersekolah rendah terutama yang baru melangkah ke alam persekolahan sangat sesuai.Bag tag akan jadi pegenalan utk ank2 cam bag sekolah mereka,lagi bagus jika ank2 dah mula tahu eja nama sendiri.Mereka boleh kenal pasti bag mereka.




Ini bag tag Ultraman! kanak2 sekolah rendah dan tadika sangat suka!



Untuk bag tag gambar di atas dan di bawah sangat sesuai utk org dewasa letakkan di bagasi mereka. Jadi masa nak ambil bag setelah turun kapal terbang senang utk kenal pastikan!Bukan sekadar cantik,menarik....malah lain dari yang lain kan?!Berminat? hubungi madam ya!


Yang gambar bawah ni pulak ialah permintaan dari pelanggan madam.Dia tempah name tag dalam jumlah yg lebih dari org lain kerana meletak name tag di bag.Ada juga yang tempah utk di jahit pd pakaian sukan sekolah,baju sekolah dan kasut!Pada mereka yang ank hantar di nursery ada juga tempah utk di jahit pada pakaian ank2 mereka dan bag.






Gambar di atas pulak ialah,tempahan yang madam terima dari seseorang.Name tag yang di tempah dalam saiz yang tak sama dengan name tag biasa.Pelanggan hanya minta tulis Bill Keith  utk di lekatkan pada hantaran!



Yang gambar di atas pulak ialah tempahan dari pekerja sebuah syarikat.Yang ini saiznya pun tak sama spt name tag biasa dan di belakangnya ada madam jahitkan sekali velcro.





Gambar yang di bawah ini pulak,adalah bag tag yang sangat di gemari kanak2!



Mmmmm.....nampaknya setakat ini perkongsian dari madam. Pada yang berminat menempah,boleh hubungi madam di 012-9757909.
Hingga jumpa lagi......Senyum selalu dan salam 1 Malaysia dari madam!Daaaaaaaaaaaaa



KURUNG MODEN TULIP

$
0
0
                                                                                      
Assalamualaikum dan salam sayang semua! Moga sihat sejahtera semua! N3 kali ini madam nak share kurung moden tulip! Sekarang kurung moden tulip ni sedang trending! Ini antara kurug moden tulip yang madam berkesempatan ambil gambar. dan kebetulan ini first time madam buat jahit tepi halus sendiri.Madam baru beli mesin jahit tepi halus,mesin jenama JELITA! sungguh berpuas hati! Ok jom la kita cuci mata tengok gambar yg sempat madam ambil dan kongsikan.



  
                                                                                                                 Lengkong tulip saja madam buat                                                                                                                                                                                                                   

Kurung moden tulip ini berpasang dengan kain batik serawak.Kain batik serawak ini pun sedang trendingkan!

Leher baju ini madam buat leher bulat paiping dari kain yang sama dgn baju.






Okeyyyyyy....nampaknya setakat ini saja dapat madam kongsikan ya.Nak tak madam share pola buat kurung moden tulip ni? Jika nak nnti madam share ok!Hingga jumpa lagi,salam sayang dan salam satu Malaysia!Senyum selalu hingaa jumpa lagi daaaaaaaaaaaa!!!

SULAMAN POTRET

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Moga semua sihat ceria dan bahagia hendaknya .Aamiin! N3 untuk kali ini madam nak sharekan hasil sulaman terkini dari AZRA FESYEN.Iaitu sulaman potret.Sebelum ni mungkin belum ada yang melakukan sulaman potret,setelah madam mulakan ,maka tercetus la di kalangan penyulam(kawan2 madam dari group sulam) berlumba2 membuat sulaman potret! mereka suka yang berwarna tp madam pilih satu warna iaitu sulaman guna benang hitam!Bg madam sulam potret guna benang hitam lebih unik dan elegent!Itu pendapat madam saja,pd yg suka berwarna boleh saja.
Sulaman potret ini boleh di jadikan hadiah istimewa kepada yang teristimewa!KERANA ianya TIDAK terdapat bersepah di luar. ianya kena tempah kepada yang mahir saja!Jadi penerima akan merasa tersangat istimewa! kerana potretnya di abadikan dalam bentuk yg unik dan lain dari biasa!Ok,jom la kita lihat hasil kerja madam.







Pada awalnya madam rasa suspen,sebab ini adalah percubaan pertama.


Berdebar-debar menunggu hasilnya.



Alhamdulillah! akhirnya siap sudah dan memuaskan hasilnya!
Pada yang berminat untuk menempah sulaman potret,boleh hubungi madam di 012-9757909. TETAPI harus di ingat,gambar yang di beri sebaiknya gambar yg jelas dan sharp.Baru hasilnya terbaik!Nampaknya setakat ini N3 kali ini.Hingga jumpa lagi,salam sayang dan salam 1Malaysia! Daaaaaaaaaaaaaaaa

TEMPAHAN RAYA 2017

$
0
0
          
          AZRA FESYEN &SERVICES

TEMPAHAN YANG MASIH DI TERIMA SEHINGGA 31/3/17 IALAH:

1-KURUNG BIASA
2-KURUNG MODEN
3-JUBAH A-LINE
4-DRESS PRINCESS CUT(TERHAD)
5-BAJU MELAYU LELAKI(TERHAD)

***TIDAK MENERIMA TEMPAHAN PAKAIAN BERLAINING,JAHIT MANIK,PATCH LACE DAN SULAMAN KERANA DAH CUKUP TARGET.***

SEKIAN TERIMA KASIH. 

GAUN KANAK-KANAK (SLEEVELESS)

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sayang semua!N3 kali ini madam nak kongsi lagi hasil dari AZRA FESYEN,iaitu gaun kanak-kanak tanpa lengan(sleeveless).Gaun ini madam buat untuk jual readymade.So pada yang berminat boleh hubungi madam utk dapatkan gaun ini.Harganya murah saja Rm60.00.Saiz utk kanak-kanak berusia 2-3thn. Ok ,jom kita tengokkkkkkk......



















Sampai sini saja N3 kali ini,Hingga jumpa lagi salam sayang dan salam 1 Malaysia!Daaaaaaaaaaaaaa....


GAUN KANAK-KANAK HITAM PUTIH!

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sayang semua! Hmmmmm N3 kali ini sekali lagi pakaian kanak-kanak.Kali ini madam guna kombinasi warna yang unik ini iaitu warna hitam dan putih.Cantikkan kombinasi warna hitam dan putih?!Gaun ini juga di hasilkan AZRA FESYEN ada lah untuk baju readymade yang sedia utk di jual.Gaun ini untuk kanak-kanak berumur 3-4th.Harganya rm68.00 saja.Yang ingin menempah juga boleh di terima.


GAUN




















Hingga sini saja N3 kali ini. Hingga jumpa lagi,salam sayang dari madam dan salam 1 Malaysia!Daaaaaaaaaaaaaaaa......


DRSS PRINCESS CUT TANGAN PEPLUM/SALOMA

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sayang semua! Moga pembaca blog madam sihat bahagia hendaknya!Aamiin!N3 kali ini madam sharekn hasil kerja dari AZRA FESYEN.Iaitu dress princesscut dan tangan peplum @ tangan ala2 saloma!




Dress princcescut ini kelihatan simple saja.Kerana kain ini sendiri dah sarat dengan coraknya jadi tak perlu la apa2 tambahan aksesori.



Tangan dress ini di potong peplum bagi nampak kelainan pada dress ini.



Emmmmm nampak tak?alunan peplum yang penuh! kerana pepum ini potongan "full circle".


Yang berminat untuk menempah boleh hubungi madam di 012-9757909.
Nampaknya hingga di sini N3 kali ini.Salam syng dari madam dan salam 1 Malaysia!Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................

BAJU MELAYU TRADISIONAL & MODEN DARI AZRA FESYEN

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sayng semuaaaaaaaaaa! Semua sihat sejahtera hendaknya.N3 kali ini madam nk kongsikn beberapa patern baju melayu yang telah di siapkan di AZRA FESYEN. Kan nak puasa tak lama lagi.....dah siapsedia ke menempah pakaian utk hari raya 2017 ini?Jangan terlewat ya kakak2 dan abg2.Nanti terpaksa beli yang readymade,dah tak sedondon di pagi syawal.Ok,madam taknak banyak story,jom kita tengok gambar2 yang madam kongsikan ya!

.

Ini baju melayu potongan moden iaitu tiada pesak. 


Baju melayu moden ini guna dua kombinasi warna. Trend!




















Ini baju melayu trdisional,tapi potongan bahu ala2 kemeja ya!Trend juga sekarang ni!






































Ini baju melayu bersulam.Ala2 pengantin gitu! Tapi ini memang baju pengantin ya!hehehehe


Bersulam di kolar,dada,tangan dan setiap kepala poket.





Hah!yang ini juga baju melayu moden kombinasi warna.Berbeza dengan baju melayu moden yang pertama desingnya. Dan butangnya tak guna lubang butang dan kemudian pemakai perlu beli butang baju melayu sendiri.Yang ini butangnya dah siap sedia madam pasangkan.



Ok,disini N3 kali ini. Untuk menempah hubungi madam di 012-9757909.Akhir kata utk N3 kali ini.....salam sayang dan salam 1 Malaysia!Daaaaaaaaaaaa.....

 AZRA FESYEN &SERVICES

TEMPAHAN YANG MASIH DI TERIMA SEHINGGA 31/3/17 IALAH:

1-KURUNG BIASA
2-KURUNG MODEN
3-JUBAH A-LINE
4-DRESS PRINCESS CUT(TERHAD)
5-BAJU MELAYU LELAKI(TERHAD)

***TIDAK MENERIMA TEMPAHAN PAKAIAN BERLAINING,JAHIT MANIK,PATCH LACE DAN SULAMAN KERANA DAH CUKUP TARGET.***

SEKIAN TERIMA KASIH. 



BLAUS KIMONO BERSULAM BIKU.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sayang semua!N3 kali ini madam nak kongsi hasil dari AZRA FESYEN lagi!Kali ini blaus kimono yang bersulam biku.Nape ya di namakan blaus ini blaus kimono? Ianya kerana blaus ini tangannya seperti kimono. Dan madam sulamkan sulaman biku.Ok la.....jom la kita tengok gambar yg madam sediakan.Jommmmmmmmmmmmmm






Lihat tangannya yang seperti kimono. 





Leher blaus ini madam buat dengan mengunakan kain yang sama sebagai paiping/kun.




Lihat kelebaran tangan kimono ini.




Inilah sulaman biku yang madam buat.Menggunakan kombinasi 3 warna. Selalunya org hanya buat menggunakan satu warna saja.Madam saja guna 3 warna benang(kena rajin ya utk tukar2 benang,perlukan tahap kesabaran tinggi ya utk menukar2 benang)





Begini lah kelihatan baju blaus kimono bersulam biku.Cantik kan?! Hehehehe......masuk bakul naik lif!

Pada yang berminat utk menempah atau belajar cara membuat blaus kimono ini boleh terus hubungi madam melalui call,wasap dan msg di no 012-9757909


Ok,hingga di sini dulu ya.Hingga jumpa lg,salam sayang 1 Malaysia dan senyum selalu ya....daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!





















HASIL SULAMAN DI AZRA FESYEN

$
0
0
Bismillah.Assalamualaikum dan salam sayang semua.Kali ni madam hanya nak kongsi gamabar2 sulaman hasil dari madam di AZRA FESYEN.So untuk N3 kali ini tiada cerita apa-apa ya. Hanya gambar2 untuk tatapan semua.




Ini hasil sulaman Khufi dari madam.Kalimah Allah dan Muhammad.Sulaman bersaiz A4.



Sulaman ini madam gantung di pintu kelas jahitan madam.Jika anda ingin kelainan utk apa2 saja yg ingin ada cuba dlm bentuk sulaman ,boleh hubungi madam dan bincangkan.






Jika ingin menghadiahkan kpd kwn yg baru berpindah rumah atau utk kegunaan sendiri ,contoh gantung dlm bilik solat atau ruang tamu boleh saja.


                            Sulaman utk shawl,Mengunakan kain chiffon.Kena betul2 tegang kain bila di pasang ke hoop/ram.



Ini juga sulaman utk shawl.Desing yg berlainan.













                       Lagi sulaman atas kain chiffon utk shawl.



Ini pula sulaman atas kain felt.
       Sulaman ini di gantung pada pintu. Utk kelihatan kelainan dan ianya tiada jual di kedai kerana untuk miliki sesuatu yang berlainan seperti ini anda perlu menempah!Jom tempah di AZRA FESYEN!


Dah ada TARIK tentu ada TOLAK pulak kan!




Yang ini pulak ialah Sulaman name tag.Mungkin sekolah ank anda lambat menyiapkan tempahan name tag yg anda tempah pd awal tahun.Jd tempah lah dgn AZRA FESYEN,in sha Allah siap dlm 2-3 hari saja.Tempahan urgent juga madam terima.




Name tag bukan saja boleh di letak/jahit pada baju saja.Boleh juga di letak/jahit pada bag sekolah @ apa saja bag.Pd yg hantar ank ke rumah pengasuh elok juga jahit nama pd towel,pakaian dan lain2 lagi.




Ini pula sulaman pd bag jeans. Kebetulan ank perempuan madam memang pembuat bag2 dari jeans. customers minta sulam pelbagai desing di atas bag yang mereka tempah.




Yang ini pulak sulaman yang madam buat atas kain dan tampal/patch.Gambar Elsa tu madam sulam dulu atas kain dan kemudian tampal pada gaun kanak2.






Yang ini pulak sulaman biku dengan bunga mewah!Madam buat sulaman ini atas skirt kanak2. Cun kan!



Ini.....sulaman biku juga . madam buat di hujung tangan dan bawah baju kurung.



Ini sulaman juga pada hujung tangan dan bawah baju.Nama desing sulaman ini ialah jejari hantu! bukan ini saja desingnya. Ada pelbagai lg!


Mmmmm dah sampai ke penghujung. Pada yang berminat untuk menempah boleh hubungi madam di 012-9757909.

Hingga jumpa lagi,salam 1 Malaysia dan senyum selaluuuu!Daaaaaaaaaaaaaaa!




CARA MENCANTUM LAPIK LEHER

$
0
0
Bismillah.Assalamualaikum dan salam sayang buat semua        pengunjung blog madam.Apa khabar? Moga semua sihat,ceria dan  bahagia dengan perjalanan kehidupan kalian. Madam munculdengan satu lagi N3. Kali ini madam akan bincangkan cara mencatum lapik leher baju kurung ke badan baju kurung ya. Ok,jomlah ya kita mulakan perkongsian ilmu ya.

1-Mula-mula kita cantum bahu baju kurung .Kemudian gosok biar terbuka basi sambungannya.

2-Setelah di gosok,lipat memanjang.Pastikan garisan bahu sama.(maksud madam,garisan jahitan bahu tu bagi bertemu.Pinkan supaya tak bergerak)

 Nampak tak madam pin yg melintang, tu ialah cantuman bahu depan dan belakang yg di lipat dua memanjang.

Dan madam juga pin bahagian tepi badan yg lurus tu.Madam harap kalian faham ya.

3-Ambil acuan leher/bulan leher,letakkan di tepi badan baju yang belipat. Pastikan bahagian belakang tengkuk tu 1/2" ya(bila jahit akan jadi 3/4") Jika perasan nampak tak ada dot tu?


Setelah selesai pinkan acuan leher,terus tanda 3setengah inci kebawah dari acuan leher utk belahan depan baju.Nanti bila dh siap jahit belahan tu akan jd 4".




4-Setelah siap di potong acuan leher dan belahan depan baju kurung ini. Ianya akan kelihatan seperti gambar di bawah.


Setelah potong bentuk lubang leher,matikan jahitandi tempat yang di potong tadi.Tujuannya supaya jahitan tak terbuka .




5-Setelah itu,potong pelapik leher.Guna acuan/bulan yang sama kita potong bentuk leher di badan tadi.Gosok kain gam di bahagian dalam kain yg di potong untuk buat pelapik leher.Kemudian gosok kain gam bagi melekat pada acuan lapik leher ya.Yang kelihatan dalam gambar di atas ni ialah lapik leher yang telah sempurna di potong dan di gosok dengan kain gam.Yang kelihatan dalam gambar di atas ni ialah lapik leher yang telah sempurna di potong dan di gosok dengan kain gam.



6-Sekarang step mencantum lapik leher ke leher baju kurung ya.



Sekarang kita akan mula cantum lapik leher dengan badan baju kurung tadi.Madam suka nasihatkn mula dari belahan depan baju. Dan pastikan pelapik yg bahagian luar jumpa badan baju di luar ya ketika mencantum lapik leher.Maksud madam biar lapik leher di bawah dan kita jahit pandang leher yg di badan baju sebelah dalam .Faham ke idok?Sbb apa? Sbb lapik leher ialah yg mendatang dan lubang leher di badan adalah yg asal.



Seperti dalam gambar,mula bahagian yang lurus dulu ya.Dan dalam kedudukan pelapik yang bahagian luar(kain yg bahagian dalam ada kain gam)Agaknya faham tak?



7-Jika nak guna getah halus(seperti dlm gambar madam guna tali getah yang khas utk di jadikan pencangkuk butang baju) Jika rajin boleh jahit tangan buat lubang butang.Boleh juga jahitkn siap2 tali getah tu di lapik leher.



Bila sampai di hujung belahan leher tu ,pastikan berhenti betul di hujung belahan tu dan pastikan jahit jd 'V".Kemudian angkat tapak mesin dan pusingkn kain utk teruskan jahitan di belahan yg sebelah lagi.Jaga ya jarak jahitan (pastikan basi sekeliling sama besar ya ,jika jahit tepi sangat nanti mudah pecah.)



Bila dh siap jahit,begini kejadiannya.Madam jahit guna jarak tapak mesin saja.


Nampak tu?


8-Dah siap cantum keliling lubang leher dgn lapik leher.Snap/kacip di basi keliling lapik leher.Pastikan tak terpotong benang jahitan tu ya.Jika terpotong tolong jahit balik.Kenapa kita snap/kacip basi leher tu?Sbb leher baju kurung tu melengkong dan urat kain bila melengkong agak mengeliat ya,jd bila kita dh kacip dan di terbalikkan nnti hasilnya cantik.


Nampak tu,madam snap/kacip camtu.



Snap/kacip keliling leher ya.Lupa pulak madam nk pesan. Yang part hujung belahan spt "V" tu pun kena snap bg sampai hampir ke hujung.Jika tak nanti bila di terbalikkan jadi berkedut dan tak kemas.




Setelah selesai snap keliling basi leher baju tu,mula jahit tindih.Madam nak pesan,jahit tindih tu mesti di jahit atas lapik leher dan bukan bahagian luar leher ya.Jahitan tindih ni hanya kelihatan hanya di lapik leher saja ya!



Ini bahagian hujung belahan.Masa jahit tindih buka dan boleh jahit terus.Yg penting mesti snap hingga hujung tp tak terpotong benang jahitan ya.


Begini lah rupanya bila telah di jahit tindih.Basi di keliling leher akan terjahit sekali dengan lapik leher.Jika basi keliling leher tu tak terjahit sama,mmmm keja sia sia saja tau!Ianya tak memberi kesan kemasan yg di kehendaki.

Ini pula bahagian belahan yg telah di jahit tindih.Tetap basi belahan dan lapik terjahit sama ya!



Bila dah siap di jahit tindih,ini lah rupanya bahagian lapik leher tu.












Cuba perhatikan,bahagian luar keliling leher baju tak kelihatan jahit tindih tadi.Sbb jahit tindih tu hanya di lapik leher saja ya.Ok,madam nak tegur sikit.Kebanyakkn tailor sekarang suka jahit tindih dr luar,maksud madam jahit sekali luar dan lapik leher dlm.Tak salah.Tetapi bukan itu seni jahitan dari nenek moyang kita.Tak berseni langsung!!!Siapa yang ajar tailor Malaysia buat jahit tindih luar dan dalam ? Penjahit2 luar yang masuk Malaysia cari makan dengan menjahit. Mereka berpegang pada motto "janji siap!" dan org Malaysia pulak tak ambil kisah dengan kualiti.Nampak cantik terus sambar.Yang belajar dengan madam,madam tak izinkan buat jahit tindih di luar dan dlm sekali!
Bila dah siap,boleh la gosok bg lg kemas dan jahit silang pangkah.Butang jangan lupa ya!Di bawah ni madam nk tunjuk cara buat tali butang manual.



CARA MEMBUAT TALI BUTANG DARI KAIN


Potong kain perca dari baju yang kita jahit tu,saiz 3"X3" Seperti dalam gambar.


Kemeudian,lipat jadikan 3segi dan jahit seperti dalam gambar.Boleh kan?


Opppssss....lupa nak pesan,masa nk mula jahit tu,tarik benang bg panjang sikit sbb kita nk guna benang tu utk terbalikkan tali butang tu.Dah jahit potong lebihan kain.Basi anggaran suku inci saja.



Camni la rupanya ya setelah di buang kain lebihan.



Benang yang panjang tadi tu,cucuk ke jarum tangan.Cari jarum yg gemuk sikit,senang buat keja.Setelah tu susup masuk jarum tadi dgn benang panjang tu ke dalam lubang tali butang tu.Cara senang nak masukkan jarum dalam lubang tali tu,masukkan buntut jarum dulu dan perlahan lahan susup terus buntut jarum hingga keluar di lubang tali sebelah lagi.



Bila buntut jarum tu dah keluar di lubang tali yg sebelah lagi tu,tarik perlahan2 hingga tali butang di terbalikkan sepenuhnya.Rupanya seperti gambar di atas bila selesai terbalikkan tali butang tu.


Kemudian potong panjang yang kalian kehendaki.Anggaran 1' @ 11/4" pun ok.Ikut kesesuaian saiz butang yang nk di gunakan.Jika masih baru belajar,setelah di potong tali butang ikut suka,lipat dua dan jahit seperti dlm gambar supaya senang nk jahit di leher baju nanti.





Jahit tali butang di lapik leher lagi mudah bagi yang baru belajar sbb lapik leher lebih tegap kerana telah di gosok dengan kain gam.Psssttttt.... jagan lupa jarakkan kebawah sikit utk ruang jahit lapik leher ke leher baju.Faham tak?





Ok la,hingga di sini perkongsian madam untuk kali ini.In sha Allah,ada rezeki dan jodoh,kita bertemu lagi.Akhir kata dari madam,salam sayang 1 Malaysia dan senyum selalu ya!Daaaaaaaaa


Lace dr @madam azra-cd fashion

$
0
0


Mulai bulan Ogos 2019. Madam ada menjual pelbagai jenis lace. Lace 3D, lace biasa, boder lace, patch lace dan pelbagai corak n warna. Utk pengetahuan pengunjung blog madam, ada jualan murah! Harga runtuh dan tersungkoq!😁 Jd, Madam dgn berbesar hati menjemput kalian ke page @Madam Azra-cd Fashion. Jgn lupa berkunjung ke page Madam pd 31/8/19 ya!😍🌹


PELANGGAN DAN TAILOR -SERASI ITU ADALAH JODOH

$
0
0
Perumpamaan jahitan tailor dengan pelanggan ni macam jodoh.
Kalau sedap serasi pakai, maka makin selalulah pelanggan menghantar kain.
Berjodoh jahit orang kata.
Biarpun jauh.
Biarpun berapa kadar upahnya.


Tapi, kalau dah tak jodoh sekali aja lah berurusan.
Biar pun jahitan lawa.
Biar pun servisnya bagus.

Serasi ni subjektif.
Kak Milah jahit serasi dengan Jemah.
Cantik, kemas jahitannya.
Tapi bila Gayah tempah dengan Kak Milah tak serasi pula, sebab selera berpakaian tak sama macam Jemah.
Subjektif - tak boleh diukur tapi hanya boleh dirasai melalui pengalaman sendiri.

Jadi, jika jumpa satu tailor baru, hantar 1 pasang dulu kain yang biasa-biasa.
Cuba jahitannya, lalui pengalaman berurusan dengannya.
Kalau baju pertama cemerlang.
InsyaAllah yang lain okey.

Tailor pun manusia.
Pelanggan pun manusia.
Manusia mana ada yang sempurna.
Yang penting, komunikasi dan saling memahami.
Itu lah JODOH MENJAHIT.

TEMPAHAN RAYA 2020

$
0
0

                            

                           TEMPAHAN RAYA 2020

         TEMPAHAN RAYA DI BUKA KPD PAKAIAN SPT:

#BAJU KURUNG PESAK/BIASA.
#BAJU KURUNG MODEN YANG BIASA.
#JUBAH A LINE.
#BAJU KURUNG KEDAH.
#BAJU KURUNG PESAK GANTUNG.
#BAJU MELAYU MODEN .


PAKAIAN YANG BERLAINING,BERBATU/SEQUIN,FASHION YG BEROPOL,BEROMBAK,BERLAPIS TIDAK DI TERIMA ATAS FAKTOR MASA DAN KAKITANGAN YG TERHAD.

TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG DAN DI TUTUP TERIMA TEMPAHAN APA BILA QUOTA TELAH PENUH. SOOOOOO SIAPA CEPAT SAJA YANG MADAM TERIMA. 

SEKIAN TERIMA KASIH.

***BOOKING TAK DI TERIMA YA.***


SULAMAN ATAS TOWEL UTK HADIAH BIRTHDAY.

$
0
0






Assalamualaikum dan salam sayang dari Madam yang lama menyepikan diri,atas sebab masa yang terbatas. Setelah lama menyepi, N3 kali ni Madam nak share hasil sulaman atas towel untuk hadiah besday girl. Kalau besday boy kita pilih gambar yang bersesuaian ya.

Tidak selalu orang beri hadiah towel kepada orang lain atas sbb ianya seperti tak "Class". Tetapi bila kita sulam gambar kartun/potret wajah,perkataan ucapan atau apap2 yang bersesuaian di atas towel,towel itu menjadi sesuatu yang indah dan manis. 

Seperti towel yang telah madam sulam ni, ianya menjadi exclusive sebab TIADA JUAL di mana2 kedai atau gedung. Jadi penerima akan merasa pemberi hadiah towel ini sangat mengingati dirinya.

Sesiapa yang berminat untuk menempah sulaman seperti ini ,boleh hubungi madam ya.

No untuk di hubungi ialah: 012-9757909-Madam Azra.














In shaa Allah,di lain masa Madam kongsi yang lain2 lagi ya. ok,Daaaaaaaaaa....senyum selalu ya!